Saturday, February 19, 2011

Angin & Rumput….

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Macam tak percaya sudah ada blog sendiri.Ini merupakan post pertama saya.Berbalik kepada topik.Bila disebut angin dan rumput apa yang kita akan terfikir? Teringat plak pepatah melayu “ Bagai rumput ditiup angin”. Secara ringkasnya maksud peribahasa ini seorang yang tidak berpendirian tetap.

Tapi, bagi saya, peribahasa ini sama seperti“masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak” dan orang sekarang dah upgrade perbahasa ni menjadi “ masuk kadang kambing mengembek, masuk kandang harimau? masuk la kau sorang-sorang”.

Dalam berdakwah, konsep angin dan rumput sangat berguna sebagai medium pendekatan dakwah. Rumput satu tumbuhan ciptaan Allah s.w.t yang sangat fleksibel. Bila datang angin meniup, ia akan ke kanan dan ke kiri.

rumput1024ms1

Jadi macam tu juga dalam berdakwah. Dalam sesetengah perkara, kita tidak seharusnya terlalu tegas dan harus mengikut corak dan pergerakan individu atau kumpulan sasaran. Contohnya, kita diajak bersukan futsal,badminton atau sebagainya, janganlah memberi alasan “ eh, aku ada usrah la, membazir je sukan-sukan nih, baik pi mengaji agama lagi berfaedah” dan sebagainya.

Tapi, setelah mendengar kuliah yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus,” Kita sekarang tak boleh berlembut dalam agama, berkeras!”. Dari pemahaman saya, ya memang betul masyarakat sekarang kalau berlembut dalam agama sampai bila-bila tidak akan faham mengenai agama. Contohnya, kalau ingin tegur seorang yang tidak bersolat.Menceritakan azab meninggalkan solat ataupun menceritakan kelebihan bersolat yang lebih baik?

Kesimpulannya, kadang-kala kita harus menjadi seperti angin yang memaksa rumput untuk bergerak ke kiri atau ke kanan. Dan mempunyai haluan sendiri, arah tuju sendiri ke arah yang dituju. Jangan pula menjadi angin yang sombong, tidak menggerakkan rumput, hanya membawa diri terus ke arah yang dituju.

MySpace

4 comments:

  1. ya, begitulah dakwah sebenarnya... pendekatan kenalah kreatif dn inovatif... tidak ianya terus mencela perbuatan terkutuk itu kan...

    cayalah kerol... lawa giler... jeles ak tengok...kih3...

    ReplyDelete
  2. ya itu yg trbaik...hehe... mekasih sifu....

    ReplyDelete
  3. Hmmm..sy pun rasa cm skang ni tak leh nak berlembut2 lagi ngan insan2 tersebut.bukan apa, makin lembut,makin naik kepala.

    p/s : salam ziarah.. ^_^

    ReplyDelete
  4. ya... Nabi pn bukan sentiasa berlembut... ade masanya... nk2 dalm hal2 agama..



    p/s: ahlan wasahlan!!!!

    ReplyDelete

Sila la Komen