Saturday, February 26, 2011

Budak Si Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Sumber: KomunitiIluvIslam

11 comments:

  1. andai mampu menjadi setabah anak kecil tuh tok study bgos gak,, satu motivation yg baik

    ReplyDelete
  2. hmm... tapi yang lebih menarik...sipakah wanita yang bergelar ibu kepada kanak-kanak tersebut yang mentarbiyah kanak2 itu....

    ReplyDelete
  3. pengajaran yg baik.....bley renungkan!!

    ReplyDelete
  4. indahnya alam didikan yang diberikan kepada kakan-kanak...orang dewasa yang mempunyai tenaga masih lagi meminta belas kasihan orang lain..
    malulah pemuda pemudi bangsa yang duduk melepak di kaki lima...

    ReplyDelete
  5. mulianye ati bdak itu...n siape ibunye yg mendidik anaknye itu....kagumnye..w'pown msih kcil..tp pnye ati yang besar..

    ReplyDelete
  6. ya...budak kecil pon faham..kita ni..yang dah besar2..still kurang faham apa itu kehidupan...

    ReplyDelete
  7. begitulah didikan islam yg perlu diterapkan dalam hati sanubari setiap insan...teringat lakaran sejarah : malam itu saidina umar al-khatab seperti kebiasaannya melewati rakyat pimpinannya..fajar hampir menyinsing..terdengar perbualan seoarng ibu dgn putrinya..si anak berdebat dgn ibunya dan menolak mencampurkan susu perahan dengan air. si ibu berkata,"campurkanlah susu itu dengan air!".
    "amirul mukminin melarang susu campuran.apakah ibu tidak mendengar dia melarang perbuatan itu?"ujar si anak.
    Umar tidak melihat kita.dia tidak mungkin mengetahui perbuatan kita ini!"jawab si ibu.
    seketika anak gadis itu menjawab,"wahai ibu seandainya Umar tidak melihat kita tetapi Tuhan Umar melihat kita.Allah melarang perbuatan itu."..
    subhanallah betapa didikan islam yg murni..salimul aqidah[aqidah yg sejahtera]...inilah cerminan kepada peribadi muslim yg perlu ada pada setiap muslim...

    ReplyDelete
  8. tu dia.... ya hebatnya mereka yang brasaskan akidah yang mantap.. Teringat juga kisah salahuddin al ayubi dimana ibunya hanya seorang hamba....tapi ank dia...fuih...

    ReplyDelete
  9. sungguh terharu ngan adk tersbut... smoga ALLAH murahkan rezeki adk sekluarga.... huhu

    ReplyDelete

Sila la Komen