Sememangnya terdapat segolongan umatIslam yang membidaahkan dan batal penggantian (qada) solat yang sengaja tidak dilakukan, tidak sah perlakuan memadai dengan memperbanyakkan solat sunat sahaja.
Pendapat di atas dibantah oleh ulama'-ulama' besar secara sepakat seperti Imam Hanafi,Imam Malik,Imam Syafie dn lainnya tentang hukum wajibny mengqadakan solat yang sengaja ditinggalkan ataupun tidak.
Apabila perintah ibadah solat itu dilaksanakan pada waktunya, ia dinamakan sebagai al-ada' dan apabila diluar waktu dinamakan al-qada.Secara mendalam al-qada didefinisikan sebagai:
"Melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas waktunya atau melakukan solat selepas waktunya yang telah ditetapkan.
Sebab yang membolehkan qada solat adalah kerana tertidur atau terlupa. Kedua-dua situasi ini dimaafkan.Tetapi hendaklah mengqadakan solat sejurus dia terjaga atau teringat. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “ Sesiapa yang lupa untuk bersolat atau tertidur,hendaklah dia menunaikannya apabila teringat,Tidak ada hukuman selain itu”.(riwayat bukhari(572) & muslim(684).
Ibn Hajar al-Asqalani dalam surah al-Fath ayat 11 dan 71 ketika menerangkan makna hadis ini “kewajipan mengqada solat atas orang yang sengaja meninggalkannya adalah lebih utama kerana hal itu termasuk dalam (khitab) perintah untuk menunaikan solat dan dia harus melakukannya.
Dapat difahami daripada ulasan Ibn Hajar bahawa betapa orang yang terlupa dan tertidur diperintahkan untuk mengqadakan solat apatah lagi orang yang sengaja meninggalkannya,maka lebih utama dan dia harus melakukannya.
Hadis di atas juga,menerangkan bahawa mereka yang tertinggal solat kerana terlupa dan tertidur tidak berdosa tetapi wajib menggantikannya.Manakala mereka yang sengaja meninggalkannya dia berdosa besar namun lebih wajib dan utama mengqadakan solatnya.
Sewajarnya mereka yang masih belum selesai”hutang” mengqadakan solatnya,maka rebutlah peluang semasa masih ada umur sebelum tibanya kematian.Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada hambaNya.
Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Mudir Madrasah al-Yamani,Kg Baru,Kuala Lumpur
ko bole jadi ustaz la kerol..
ReplyDeletehmm, ustaz, sy nak tanye, macam mana nak buat selesaikan masalah math engineering ni?? kih3...
masalahnnya yg jwabni bukan aku... ustz syed...
ReplyDeleteurm... math ye.. x-x
assalamualaikum,ustaz....bagaimana kalau sebelum ini kita sering meniggalkan solat, tetapi setelah bertaubat perlukah kita mengantikan solat2 yang kita tinggalkna sebelum ini? >.<
ReplyDeletewaalaikumusslm... Kata al fadhil utz azhar, perlu.. sbb nama pn taubat.Kalau tidak ingat berapa banyak yang ditinggal, ambil anggaran, dan anggaran yang melebihi.. buat lebih tiada masalah jangan kurang.wallahualam sekadar membantu, ana bukn ustaz dan bukan lah faqih bab feqah solat. harap dapat rujuk yang lebih alim.
ReplyDelete