Friday, January 10, 2014

Sekelip Sakinah – Sanah Helwah Ummi!


“ Haish bang, lambat balik ada ceramah ke kat masjid tadi,?” tanya Ummi sebaik Abi di muka pintu. “ Ada jemaah masjid jemput datang rumah ada tahlil dan doa selamat,” tukas abi. Muiz dan Saiful terus ke bilik mereka. Amirah si kecil sibuk membuat latihan matematik di bilik Ummi.

Abi duduk di sofa di ruang tamu , menonton televisyen dengan along. “Ha along berapa lama lagi praktikal ni,” sapa Abi pada Along yang kusyu’ menonton televisyen. Along yang praktikal di sebuah kolej Islam bawah kerajaan negeri sudah beberapa bulan, Insyaallah bakal bergraduasi tahun ni.

Aku hanya memasang telinga perbualan antara Abi dan Along sambil-sambil membaca posting Facebook pada telefon android. “ Tidur awal, esok sujud sejadah, Abi nak anak Abi ni jadi imam subuh” pesan Abi.
Kepagian hari seperti biasa. Masing-masing sibuk bersiap. Yang sekolah dengan sekolahnya, yang bekerja dengan cara bekerjanya. “ Wahh, special betul sarapan harini, apa kes ni,” Abi meriuhkan suasana. “ Abi harinikan….” Amirah bersuara. “ Amirah makan, dah lambat ni” Abi memotong.

“ Abang, pinjam laptop, nak bawa ke sekolah, ada mesyuarat, laptop saya slow sangat” minta Ummi. “ Guna laptop Along tak apa Ummi” cadang Along. “ Tak apa, guna ja laptop Abi, Abi tak guna pun harini” kata Abi.
“ Bang , kalau boleh balik awak sikit harini ye” tanya Ummi manja. “ Eh, tak pasti lagi, Jumaat ni biasa waktu cuffoff, tengok la macamana” Abi bangun terus ke sinki membasuh tangan. Ummi hanya mendiamkan diri. Dan semua bergerak ke destinasi masing-masing.

 “ Assalamualaikum,” Abi baru pulang dari kerja. Ummi dengan ceria sambut, dan salam tangan Abi. “ Budak-budak mana,?' ” tanya Abi. “ Keluar main, biasalah” Ummi terus ke dapur. Abi terus ke bilik , membersih diri. Azan Maghrib berkumandang, Abi , Muiz dan Saiful ke masjid.
Pulang dari  masjid, Abi duduk di ruang tamu membelek-belek Kitab feqah Fathul Mu’in. Tiba-tiba Ummi dengan cemas, “ Abang, ada nampak laptop abang tak,?”. “ Eh kan awak pinjam bawa pergi sekolah harini,” balas Abi. Laptop Abi hilang, suasana menjadi kecoh. “ Awak jangan, kerja-kerja saya semua ada dalam tu, proposal saya nak bentang minggu depan ada dalam tu,” Abi bertegas. “ Epul nampak Abang Muiz main” Saiful bersuara. “ Abang guna semalam la Epul,” Muiz membela.

“ Awak biar betul, ke awak yang letak merata-rata” Abi menyalahkan Ummi. “ Tak, tadi memang ada, saya tengok ada dalam beg” tukas Ummi. “ Dah tu kalau ada , mana!, tah mana-mana dia letak, salahkan anak-anak pulak” Abi meninggi suara. Suasana tegang. “ Abangg!!” deraian air mata membasahi pipi Ummi. Ummi terus meluru masuk bilik. Teresak-esak Ummi menangis atas katil. Tak pernah tengok Abi meninggikan suara. Kami memandang antara satu sama lain. “ Dah cepat” Abi bersuara.

“ Allah selamatkan Ummi, Allah selamatkan Ummi, Allah selamatkan Ummi kami sayang, Allah selamatkan kamu” kami menyanyi bersama kek Secret Recipe, Chocolate Indulgance kegemaran Ummi. “ Jahaaaaaaaaat” Ummi memeluk anak-anak Ummi. “ Eh anak-anak je, saya macamana,?” Abi tanya. “ Tak nak, awak jahat,” Ummi balas. “ Ah tak kira nak juga” Abi memeluk kami semua dengan erat. “ Semput nafas adik” Amirah bersuara. Semua tergelak.

“ Oo jahat korang ye, kenakan Ummi”  kata Ummi. Kami ketawa besar. “ Abi tu Ummi, dari minggu lepas lagi rancang,” Along membocor rahsia. “ Ha along ko jangan lebih-lebih, dah jom siap-siap kita makan kat luar” ajak Abi. Hari itu tiada lupa dalam ingatan. Lakonan terbaik dari kami sempena ulang tahun kelahiran Ummi. Pantas sungguh masa berlalu.

“Umur umatku antara 60 sampai 70 tahun. Dan sangat sedikit di antara mereka yang lebih dari itu.”[HR Ibnu Majah, At Tirmidzi].Umur kita begitu singgah. manfaatkan demi kebahgiaan akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Sila la Komen