Sunday, January 12, 2014

Masa Untuk Bercinta


Cinta! Yang bisa membuat jutaan manusia hayut ke lembah kehinaan. Berapa ramai yang tenggelam dalam puitis kalam cinta yang akhirnya membawa kepada penzinaan, anak luar nikah, anak derhaka kepada ibubapa, dan bermacam lagi. Jika mendengar kes² penzinaan di sekolah menengah, Allahurabbi terkelu kata. Gara-gara punca rasa CINTA ini!.

Salahkah bercinta? Islam melarangkah? Fitrah semua manusia Allah kurniakan untuk rasa Cinta yang akhir membawa kepada kasih dan sayang. Berkata Ibnu Qayyim al-jauzi antara salah satu cinta yang perlu kita bezakan iaitu Cinta apa yang Allah cintai dan cinta Allah dan kerana Allah[1]. Teringat ceramah Ustaz Haslin, Imam Syafie rhm ketika ditanya isterinya, “ Siapakah yang engkau paling cintai?” Lalu Imam Syafie rhm menjawab “ Engkau wahai isteriku” Ditanya isterinya, “ Adakah engkau tidak mencintai Allah,?” Lalu Imam Syafie rhm menjawab “ Kerana aku mencintai Allah aku mencintai mu”

"Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada saudaranya itu bahawa ia mencintainya."Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Ibnu Qayyim menyebut lagi mengenai cinta, mengungkap menjadi kewajaran dan memendam menjadi beban [2]. dan Ibnu Qayyim menambah, cinta yang terpuji cinta yang memberi MANFAAT kepada orang yg dicintai di DUNIA dan AKHIRAT.

Persoalannya bila masa untuk bercinta? dan cinta apakah? Di usia muda ini untuk kita  bercinta!. CInta di jalan agama. Mencintai jalan perjuangan dakwah dalam erti kata kasih dan sayang kepada perjuangan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Cinta yang tidak bisa ditolak. Cinta yang perlu diluahkan sepenuh jiwa!. Namun ramai juga yang hanyut dijalan cinta ini.
Namun, yakin mereka yang menolak cinta ini bukanlah bererti tidak setuju dengan jalan ini, mungkin memerlukan sedikit masa. Dan mereka yang diam juga tidak bermaksud bersetuju kerana mungkin masih berjalan dalam keadaan kejahilan. atau mungkin sebaliknya.

Tapi….
Cinta kepada manusia camna bro? Maksud gua cinta yang bawa ke pembinaan baitul muslim or alam perkahwinan?

Jap tunggu aku habis belajar…. 5-6 tahun lagi.. baru aku tulis. mungkin.

[1] Buku Mengetuk Pinta Keampunan Tuhan – Ibnu Qayyim al Jauzi
[2] Ad-Da’ wa ad-Dawa’ (penyakit dan Ubat) – Ibnu Qayyim al Jauzi http://tasyapoenya.blogspot.com/2010/07/cinta-menurut-ibnu-qayyim-al-jawziyah.html

Friday, January 10, 2014

Sekelip Sakinah – Sanah Helwah Ummi!


“ Haish bang, lambat balik ada ceramah ke kat masjid tadi,?” tanya Ummi sebaik Abi di muka pintu. “ Ada jemaah masjid jemput datang rumah ada tahlil dan doa selamat,” tukas abi. Muiz dan Saiful terus ke bilik mereka. Amirah si kecil sibuk membuat latihan matematik di bilik Ummi.

Abi duduk di sofa di ruang tamu , menonton televisyen dengan along. “Ha along berapa lama lagi praktikal ni,” sapa Abi pada Along yang kusyu’ menonton televisyen. Along yang praktikal di sebuah kolej Islam bawah kerajaan negeri sudah beberapa bulan, Insyaallah bakal bergraduasi tahun ni.

Aku hanya memasang telinga perbualan antara Abi dan Along sambil-sambil membaca posting Facebook pada telefon android. “ Tidur awal, esok sujud sejadah, Abi nak anak Abi ni jadi imam subuh” pesan Abi.
Kepagian hari seperti biasa. Masing-masing sibuk bersiap. Yang sekolah dengan sekolahnya, yang bekerja dengan cara bekerjanya. “ Wahh, special betul sarapan harini, apa kes ni,” Abi meriuhkan suasana. “ Abi harinikan….” Amirah bersuara. “ Amirah makan, dah lambat ni” Abi memotong.

“ Abang, pinjam laptop, nak bawa ke sekolah, ada mesyuarat, laptop saya slow sangat” minta Ummi. “ Guna laptop Along tak apa Ummi” cadang Along. “ Tak apa, guna ja laptop Abi, Abi tak guna pun harini” kata Abi.
“ Bang , kalau boleh balik awak sikit harini ye” tanya Ummi manja. “ Eh, tak pasti lagi, Jumaat ni biasa waktu cuffoff, tengok la macamana” Abi bangun terus ke sinki membasuh tangan. Ummi hanya mendiamkan diri. Dan semua bergerak ke destinasi masing-masing.

 “ Assalamualaikum,” Abi baru pulang dari kerja. Ummi dengan ceria sambut, dan salam tangan Abi. “ Budak-budak mana,?' ” tanya Abi. “ Keluar main, biasalah” Ummi terus ke dapur. Abi terus ke bilik , membersih diri. Azan Maghrib berkumandang, Abi , Muiz dan Saiful ke masjid.
Pulang dari  masjid, Abi duduk di ruang tamu membelek-belek Kitab feqah Fathul Mu’in. Tiba-tiba Ummi dengan cemas, “ Abang, ada nampak laptop abang tak,?”. “ Eh kan awak pinjam bawa pergi sekolah harini,” balas Abi. Laptop Abi hilang, suasana menjadi kecoh. “ Awak jangan, kerja-kerja saya semua ada dalam tu, proposal saya nak bentang minggu depan ada dalam tu,” Abi bertegas. “ Epul nampak Abang Muiz main” Saiful bersuara. “ Abang guna semalam la Epul,” Muiz membela.

“ Awak biar betul, ke awak yang letak merata-rata” Abi menyalahkan Ummi. “ Tak, tadi memang ada, saya tengok ada dalam beg” tukas Ummi. “ Dah tu kalau ada , mana!, tah mana-mana dia letak, salahkan anak-anak pulak” Abi meninggi suara. Suasana tegang. “ Abangg!!” deraian air mata membasahi pipi Ummi. Ummi terus meluru masuk bilik. Teresak-esak Ummi menangis atas katil. Tak pernah tengok Abi meninggikan suara. Kami memandang antara satu sama lain. “ Dah cepat” Abi bersuara.

“ Allah selamatkan Ummi, Allah selamatkan Ummi, Allah selamatkan Ummi kami sayang, Allah selamatkan kamu” kami menyanyi bersama kek Secret Recipe, Chocolate Indulgance kegemaran Ummi. “ Jahaaaaaaaaat” Ummi memeluk anak-anak Ummi. “ Eh anak-anak je, saya macamana,?” Abi tanya. “ Tak nak, awak jahat,” Ummi balas. “ Ah tak kira nak juga” Abi memeluk kami semua dengan erat. “ Semput nafas adik” Amirah bersuara. Semua tergelak.

“ Oo jahat korang ye, kenakan Ummi”  kata Ummi. Kami ketawa besar. “ Abi tu Ummi, dari minggu lepas lagi rancang,” Along membocor rahsia. “ Ha along ko jangan lebih-lebih, dah jom siap-siap kita makan kat luar” ajak Abi. Hari itu tiada lupa dalam ingatan. Lakonan terbaik dari kami sempena ulang tahun kelahiran Ummi. Pantas sungguh masa berlalu.

“Umur umatku antara 60 sampai 70 tahun. Dan sangat sedikit di antara mereka yang lebih dari itu.”[HR Ibnu Majah, At Tirmidzi].Umur kita begitu singgah. manfaatkan demi kebahgiaan akhirat kelak.

Thursday, January 9, 2014

Time Flies Too Fast -II

“Demi masa.(1). Sesungguhnya manusia dalam kerugian (2). Melainkan yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabara.(3). (al-asr)
Begitulah sumpah Tuhan dengan masa. Sedar tak sedar keadaan kita, diri kita, yang berubah dek laluan masa. Perangai, cara berfikir, bercakap. Betul orang kata masa yang berlalu mematangkan kita pada akan datang. dan harini?
Dan diri kita harini bukan kita yang semalam dan belum tentu akan datang. Lihatlah kesempatan yang Tuhan kurniakan ini, sepanjang berlalu siapa diletakkan di sekeliling. Yang merubah kita? Kenangan indah yang terpahat, pastikan kita bernostalgik di syurga kelak.
Sikit lagi. Dan lihatlah, bagaimana cantik ciptaan Tuhan di mata kita. Begitu jua kelihatan perkara kebaikan yang kita kerjakan di sisi Tuhan. Panjangkan masa usia kita dengan perkara² kebaikan, bermanfaat dengan ummah. Semoga ini menjamin keberkatan dan kejayaan kita pada masa kan datang. InsyaAllah amin!