“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
(al-baqarah 148)
Betul! Secara terjemahannya kita sudah faham maksuk ayat ini. Kita nak berlumba-lumba dalam membuat kebaikkan. Sebab apa? pahala dan keredhaan Allah s.w.t
Berbuat kebaikan luas skopnya, pelbagai jalan kebaikan yang boleh kita kerjakan. Tapi segala kebaikan, kewajiban, serta perintahnya jika tidak kena pada cara dan kaedahnya boleh mengundang kemurkaan dariNya.
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Ali-imrah:104)
Dalam kita merancang gerak kerja dakwah , perkara selalu kita (saya) lupa mengenai pergaulan (ikhtilat) antara lelaki perempuan. Kekadang kita cakap, “ Alah, kitaorang dah macam adik-beradik dah, tak ada perasan pun antara kitaorang”. Hurm. Susah juga kan? Apa sebenar ikhtilat tu?
Definasi Ikhtilat dari sudut bahasa adalah mencampurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain, manakala dari sudut syara'nya ialah pencampuran wanita dan lelaki (samaada persendirian atau berkumpulan). Pencampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka (lelaki dan wanita) bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Mengikut takrif Dr. Majid Zindani seorang ulama yaman yang terkenal Takrif Ikhtilat yang dilarang adalah: Perhimpunan lelaki dan perempuan yang terdapat keraguan(perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram). [Sumber ; http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/12/kisah-ikhtilat-di-sini.html]
Kat sini mungkin ada beberapa cara:
1) Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.
2) Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.
3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja
( Sumber :http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/12/kisah-ikhtilat-di-sini.html)
Mungkin dari aspek, meeting, perjumpaan, pergerakan (transpot) , Kekadang kita tidak usaha untuk yang terbaik dulu. Mungkin dulu terlepas pandang kot perkara sebegini, mungkin dipandang remeh.Tapi sebenarnya penting dalam gerak kerja dakwah yang kita buat secara berjemaah. Yang dah lepas, lepas la. Pandang ke depan, jangan tunduk sangat nanti langgar tiang. =)#Thiqohnya post ni.