Sunday, December 30, 2012

Solehah ker?

Abdullah bin Amr  meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya dunia itu  adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar ibnul Khathab r.a.:

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri  solehah  yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia bepergian si isteri  ini akan menjaga dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil t berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

zzz Berkata Al-Qadhi Iyyadh: “Tatkala Nabi  menerangkan kepada para sahabatnya bahawa  tidak berdosa mereka mengumpulkan harta selama mereka menunaikan zakatnya, beliau memandang perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal iaitu  isteri  yang solehah  yang cantik (lahir batinnya) kerana  ia akan selalu bersamamu menemanimu. Apabila engkau pandang menyenangkanmu, ia tunaikan keperluan apabila engkau memerlukannya. Engkau dapat bermusyawarah dengannya dalam perkara yang dapat membantumu dan ia akan menjaga rahsiamu. Engkau dapat meminta bantuannya dalam keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan apabila engkau meninggalkannya ia akan menjaga hartamu dan memelihara dan mengasuh anak-anakmu.” (‘Aunul Ma‘bud, 5/57)

Rasulullah s.a.w.  pernah pula bersabda:
“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu  wanita (isteri ) yang solehah, tempat tinggal yang luas dan lapang, tetangga yang  soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan  empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu  tetangga yang buruk, isteri  yang jelik (tidak solehah ), kenderaan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis Riwayat  Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282).

Ketika Umar ibnul Khaththab bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?” Beliau  menjawab:

“Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir dan isteri  mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Albani t dalam Shahih  Ibnu Majah no. 1505).

Cukuplah kemuliaan dan keutamaan bagi wanita solehah  dengan anjuran Rasulullah  bagi lelaki yang ingin menikah untuk mengutamakannya dari yang selainnya. Baginda bersabda:

“Wanita itu dinikahi kerana  empat perkara iaitu  kerana  hartanya, kerana  keturunannya, kerana  kecantikannya, dan kerana  agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466).

Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersuntingnya seorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di tengah manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Al-Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana  salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana  agamanya lebih utama. (Fathul Bari, 9/164).

Al-Hafiz Ibnu Hajar  berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki muruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu terlebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri ). Maka Rasulullah  memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164)

Al-Imam An-Nawawi  berkata: “Dalam hadis ini ada anjuran untuk berteman atau bersahabat dengan orang yang memiliki agama dalam segala sesuatu kerana  ia akan mengambil manfaat dari akhlak mereka (teman yang baik tersebut), berkah mereka, baiknya jalan mereka, dan aman dari mendapatkan kerosakan  mereka.” (Syarah Shahih Muslim, 10/52).

-majalah karang kraf-
---------------------------------------------------------------------
Bagi aku mak aku seorang isteri yang solehah. InsyaAllah didikan kepada anak2 pun soleh/solehah. Kan ada hadis sebut, antara 3 perkara yang dapat selamatkan kita dalam azab kubur, 1) sedekah jariah, 2) ilmu kita ajarkan, 3) Doa anak soleh/ha.
Jadi bermula saham itu bermula dari isteri.

Semoga Allah merahmati kedua ibubapa ku. Terima kasih mak!

#ada kaitan tak?

Tuesday, December 25, 2012

Hidup saling memberi…

DSC02616

Baru² aku and the geng mengecat pasti, uzur habis pasti tu, aku fikir ya Allah guane la budak2 ni belajar kat sini. Aku sempat borak dgn sorang cikgu kat situ, dah 6 tahun kerja, gaji rm500 kebawah. ya Allah. Demi nak didik anak2 dgn asas islam , dia sanggup.DSC02631Kadang aku fikir, kenapa la cikgu ni sanggup susah payah sebab menda2 camni? dia tak nak ke kemewahan hidup? hidup selesa? padahal dia ada pilihan lain.DSC02641 
Banyak perkara aku belajar dari mengecat ni. Syukran kat kawan2 aku yang sanggup tolong, dengan minggu study weeknya, ada yang nak balik, tapi sanggup sama2 buat menda alah ni. Kerja kebajikan ni bukan dipaksa tapi datang dari kerelaan hati, semoga Allah menerima amal kami semua. Semoga ramai anak2 yang didikan dengan asas islam dilahirkan disini. Hidup lebih bermakna kalau banyak memberi kan? :)

#suka dgn org tak berkira buat keje ni. terbaik ahh! (Y)

Saturday, December 22, 2012

Rindu Masa Berlalu..

Bila kita sedang lalui suatu keadaan, selalu kita cakap “ Ya Allah bila nak habis bla3…” Macam kita rungut, mengeluh dengan pelbagai keadaan kita hadapi. Kadang-kadang keperitan, kesedihan dan macam-macam  kita hadapi yang buat kita jadi begitu.

20199_489519294411926_1220731556_n 
Tapi bila kita sudah melalui masa, zaman dan keadaan ketika itu, suatu ketika pasti kita terkenang, “ Ya Allah kan best boleh undur masa bla3..” Baru la rasa menyesal dulunya tak memanfaatkan masa,zaman dan keadaan yang Allah kurnikan ketika tu.

406639_500467733317082_259099863_n

Jadi, belajar lah memanfaatkan masa,zaman dan keadaan yang Allah kurnikan kepada kita saat ini. Percayalah ia tidak dapat berulang! Keberadaan orang-orang di sekeliling kita, mereka yang kita bergelak ketawa, mereka yang berusrah bersama.

123

Belajarlah memanfaatkan segala kurniaan Allah swt. :)
# sedih la plak lagu background ni.

Wednesday, December 19, 2012

Hanya dia..

Kadang-kadang kita duk termenung. Fikir markah test, result, pointer. “ ya Allah, macamana la nanti, aku nak grad dengan pointer camni, aku nak kerja apa” Selalu main kat fikiran ini. Sibuk berprogram, masa tak terurus, kegagalan diri sendiri la, bak kata pepatah arab, If you fail to plan, you plan to fail.

Harini ada test, hati tak tenang, tak study and so on . Tiba-tiba pagi-pagi tadi mak mesej, “Salam, ***** (nama panggilan kat rumah) x cukup ke ari tu mak x de duit dah (xde cash) , klau nak mak masukn (bank in)”

Aku balas “ wslm, xpa mak, ckup lg stakat ni.. ptg ni ad exam, doakan saya mak
Kemudian mak balas “pagi2 lps tahjud mak iringi dgn solat hajat utk anak2 insyaAllah

IMG_5258 Hampir berlinang air mata aku baca mesej. Tersentap hati aku rasa.
Sebenarnya, apa kita gapai harini adalah hasil doa orang sekeliling kita. Terutama orang yang kita sayang, ibu ayah kita. Hanya mereka yang sangat memahami diri kita.
Ya Allah jadikan kedua ibubapa ku ahli2 terawal ke syurgaMu” Amin

Monday, December 17, 2012

Jadi Hensem + Cantik

tumblr_m5pwirwgLM1rwdgbto1_500

Tidak perlu menipu atau berbohong untuk menjadi cantik atau kacak, kerana kecantikan mahupun kekacakan itu datangnya dari kejujuran hati.

Friday, December 14, 2012

Usia Berkeluarga.

Makin tua makin matang la kan. So berfikir pun biar cara orang matang. macam la tua sangat. (ayat pancing). Kebelakangan ni ramai (xde la ramai mana pun) orang-orang sekeliling aku yang dalam proses mendirikan rumah tangga dan ada pun yang dah bernikah. Barakallah.

Kadang-kadang terfikir juga aku pasal mana depan ni, terutama dalam bab institusi kekeluargaan. Kawan-kawan ada yang kahwin waktu belajar. Baru-baru ni aku jumpa seorang perempuan, dulu aku kenal dia, huhax2. Tapi semalam, eh sopan plak budak ni, nampak sangat matang dari dulu. Dia dah kawin dengan seorang kawan aku, yang aktif dalam NGO ISMA. Alhamdulillah. Sekurang2nya ada perubahan.

Ada lagi kawan-kawan aku duk UIA kahwin, aku tak follow up pun kisah dorang, maklum la orang dah berbini. Tapi dari pemerhatian aku orang kahwin muda ni ada maslaha dan mafsadah. Setakat ni, pasangan-pasangan Islamik ( berfikrah islam) yang kahwin tak pernah aku dengar lagi masalah-masalah besar yang berlaku.

Teringat kawan aku sorang ni, tahun akhir pun aktif dalam ISMA, dia kawin, dapat anak, orang tuduh dia kena tangkap basah, anak luar nikah. Perh.. Memang power la.
Apa aku nak bagitahu, kahwin awal ni banyak risiko dia dan banyaklah faedah dia.

Abang aku kat rumah, kahwin umur 21 kot, steady je. Isteri ustazah ko. Arab cair di mulut. IMG_5238 
Sejuk aku tengok dorang ni.Walau ada la beberapa kekurangan, tapi tu lah. sejuk perut mak mengandung. Semoga Allah rahmati hidup mereka sekeluarga.

#Dulu aku tekad, bakal isteri aku mesti khatam paling kurang matan jurumiyyah, tu je syarat, yang lain aku tak kisah, sebab nanti boleh ajar aku nahu sorof. Tapi aku sedor diri aku alip ba ta pn fail. apa2 pun yang thiqah tu lebih baik. kah3j3uta

Sunday, December 9, 2012

Jalan Cinta ini

123
2-3 hari ni hati dan emosi semakin tak stabil.Kenapalah hati ini. Kalau fikir balik biasalah. Sunnah perjuangan pimpinan silih berganti. Entah bakpe la sedih sangat. Harini aku nak tulis panjang-panjang.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).At-Taubah [24]

Aku tak tahu sejauh mana cinta aku kepada Allah dan RasulNya dan cinta kepada jihad dalam menyampaikan agamaNya. Dulu, hari itu yang aku selalu menghitung, kapan tiba, tapi bila datangnya hari itu, perasaan sebak sentiasa di hati.

Jalan inilah pemula bagi segalanya, disinilah ak kenal apa itu erti ukhuwah. Setahun kami bersama menggerakn dakwah di kampus. Suka, duka, menangis, kami bersama. Bergaduh tidak pernah henti, tapi kerja tetap jalan. Bukanlah memudah mengetuai satu gerakan dakwah di kampus. Macam-macam orang kena berurus.

Meeting sampai ke pagi, program hujung minggu. Banyak luang masa bersama-sama mereka. Sungguh, pengalaman itu memang best. Aku rasa satu binding yang sangat kuat. Kadang-kala memang sangat-sangat rasa macam adik-beradik. Hinggakan kadang-kala melanggar ikhtilat sendiri, bergurau terlebih.
Ini yang bahaya ni, last-last boleh bawa masalah hati yang merencatkan pergerakan gerak kerja. Teringat pesanan senior, “ Enta tahu kenapa Baitul muslim tidak dibuat pada tahun satu/dua, sebab ada muslimin ni, dia gerak kerja dengan orang ni, dia suka orang ni, nanti gerak kerja dengan orang lain dia suka kat orang lain”

Tipu lah kalau siapa cakap dia tak pernah ada masalah hati. Normal la manusia. Cuma kita perlu lebih bijak dalam mengawal segala tu. Hati ni sifat dia berbolak-balik. Kejap je Allah nak “twist” hati seseorang tu. So bila fikir-fikirkan balik, tak payah nak masalah hati sangatlah. Melemahkan pemikiran, gerak kerja, merencatkan perkembangan dakwah itu sendiri.

Segalanya berakhir semalam, dan aku percaya itu titik permulaan aku dalam jalan ni. InsyaAllah, aku akan terus jaga adik-adik penyambung rantai perjuangan ni, untuk sebarkan Islam di kampus.

#ya Allah seandainya aku jatuh cinta , Kau jatuhkan hati aku ini dengan cinta kepada jalan dakwah ini. opss. haha

Sunday, December 2, 2012

Keep it up bro!!

DSC02007Just because you fail once, it doesn't mean you're going to fail at everything. Keep trying , hold on, and always, always believe in yourself because if you dont't, then who will? So keep your head high. Keep your chin up, and most importantly, keep smiling because life's a beautiful thing and there's so much to smile about.

English is not our mother tounge isn’t ?
cc : fizi