Sunday, October 28, 2012

Sunyi

DSC02246

Alhamdulillah ya Allah. Satu demi satu program habis. Kesibukkan yang sungguh meletihkan, memenatkan , me apa lagi? Segalanya lah.

Sekarang, tinggal beberapa hari lagi sebelum kuasa bertukar tangan. Dah macam badminton dah. Lepas ni pewaris-pewaris pejuang bakal menyambung apa yang telah dibuat oleh mereka-mereka sebelum ini.

DSC02379

Bila dah berprogram, biasalah, macam-macam masalah. Bila buat program, penglibatan lelaki & perempuan tu biasa lah. Biasa? OMG. Memang lah, meeting, perbincangan , brainstorming memang la melibatkan semua. Call? Msj? Tak pernah henti dari mula program. Fb? Skype? YM? alternatif perhubungan dalam menjimatkan kos.

 

 

 

DSC02248

Kini semuanya makin sunyi. Makin sunyi dari mesej yang takut kita nak baca. Sunyi dari panggilan yang takut nak diangkat. Keadaan semakin sunyi. HP ku tidak seaktif dulu lagi.

 

 

 

DSC02249

Semoga terus sunyi sampailah beralih kuasa. Aku nak ke arah membaiki diri. Baiki amal, iman. Baiki pointer.. Jauh dari segala masalah. Segala masalah hati

Wednesday, October 17, 2012

Gurindam malam

Jika mahukan sesuatu yang tinggi nilai harganya,
Pastikan berusaha mencari harta,
Namun, tidak dinilai dari jumlah hasilnya,
Tetapi pada usahanya.

Jika merasa diri begitu berharga,
Dimanakah nilai dan tandanya?
Kayu ukur apakah yang mengkhabarkannya?
Mungkin silap telinga yang mendengarnya.

Jika Islam dikatan perhiasan,
Adakah ia sekadar perkataan,
Cinta Allah dilafazkan,
Cinta Rasul yang dipintakan.

Jika dakwah yang dikerjakan,
Betulkah ia medan yang diimpikan?
Atau sekadar wasilah impian,
Mengejar hasrat yang dipendamkan.

Jika dalil mampu dihujahkan,
Sekadar menunjuk ilmu kepandaian,
Tidak dibuat melalui amalan,
Murka Allah yang kelak dijanjikan.

Bukan ku alim ilmu agama,
Apatah lagi bahas bicara,
Sekadar ingatan kasih bersaudara.
Mohon maaf terkasar kata.

#baru balik KL. Penat nak tido. Kah3

Sunday, October 14, 2012

Hati

DSC02352Sibukan diri mu dengan kebaikan kelak hindar dari kebatilan.
Kadan-kala kita merasakan betul dah perkara baik kita buat ni. Tapi sebenarnya belum tentu. Koreksi diri kita balik.

Dalam tiap-tiap diri kita ni, ada seketul darah yang dipanggil hati. Dia lah pengawal bagi segala-galanya. Buruk ia, maka buruklah segalanya. Nak jaga hati ni bukanlah senang. Masalah hati ni banyak. Nak pula melibatkan dengan orang sekililing ni. Kalau cerita tak pernah habis. Tak kisah la bagaimana corak masalah sekalipun.

Apa-apa pun nak elak masalah hati ni, bersihkn hati dengan zikir. Zikir banyak² yer. Open-mouthed smile. Sama-sama kita bersihkah hati kita.

Sunday, October 7, 2012

Kerja kita

IMG_2003

Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk membuat berbagai kebaikan”.(Al-Anbia 90).

Bukan setakat suruh buat baik. Tapi disuruh berlumba-lumba. Kira sangat disuruh oleh Allah swt. Tapi buat kebaikkan ni,memang penat, memang teruji dengan pelbagai-bagai ujian dan mehnah.

IMG_2009

Kadang-kala hati yang rapuh iman kita ni, teruji dalam aspek keikhlasan. Orang pertikai kerja kita, orang mengunkit kerja, dan sebagainya.

Kadang-kala juga kita nak kerja kita ni dihargai oleh orang lain. Dan kita nak orang faham apa yang kita sedang lakukan.

IMG_2004

kadang-kala kita rasakan ya betul la apa aku buat ni. “Benda ni benda baik. Kau apa tahu!”. Tapi Allah cakap,

....“Apa-apa yang kamu kerjakan daripada kebaikan itu maka Allah Maha mengetahui dengan segala-galanya.” (Al-Baqarah: 197)

IMG_2011

Biarlah Allah menilai apa kebaikan kita, apa kerja kita. Pandangan orang, penilaian orang, penting ke?
Tepuk dada and ask your faith.

Friday, October 5, 2012

Kawan is Friend III

DSCN9230

“ Ko untung ko tahu!, zaman aku dulu, aku xde kawan2 macam ko ada sekarang. Aku tengok , ramai support buat kerja. Aku dulu sorang² ko tahu!”

Terdiam aku. Sewaktu nak tidur. Kata-kata ni masih terngiang-ngiang di fikiran. Betul. Memang betul. Kuat aku harini sebab mereka yang “kuat”. Lemah mereka lemah la aku. Mereka yang terbaik….

"’Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam menjalankan kerja dakwah agamaMu yang mulia ini, jadikan penat lelah kami, deraian air mata kami, tangis tawa kami, habis masa dan ruang kami, derita sakit kami, korban harta kami, perit rasa jiwa di hati kami, yang akan menjadi penyaksian kami ke syurga kelak.

Ya Allah, istiqamahkan semangat perjuangan di hati-hati kami, jangan Engkau bolak-balikkn hati kami, jauhi keraguan di hati-hati kami, was-was di hati kami, segala kemusykilan di hati kami, tanamkan semangat qiyadah dan jundiyah yang tinggi dalam diri kami, agar ruang masa hidup kami terus dalam jalan ini.

”Ya Allah jadikan kasih antara kami, kasih dan cinta kerana Mu, kerana dakwah dan perjuangan agamaMu, bertemu kami kerana Mu, berpisah jua kami kerana Mu, ukhuwah kami kerana Mu, Jadikan ia pengikat kami menggapai syurgaMu.

”Ya Allah, tiada apa yang kami harapkan, keinginan, kehidupan sementara di dunia ini, diperhentian ini, dalam perjalanan kami menemui Mu, hanya mengharap belas rahmatMu, berkat kasih Mu.

Amin ya Allah. Amin ya Rabb. Engkaulah Tuhan Yang Mengkabulkan permintaan hamba-hambu ini.