Friday, April 27, 2012

Benefit 4 others

Mungkin kita tidak pernah terfikir pasal ni, tapi harini aku nak ajak korang semua berfikir. Pernah dengar pepatah melayu, jangan jaga tepi kain orang lain, bagi aku tulah pepatah yang palin bertentang dengan agama aku.

Kadang-kala , aku duduk sendirian , aku berfikir, kenapalah kita bersusah-payah demi orang lain. Aku dengan kawan-kawan bagai nak rak rancang program, proceed kertas kerja dan sebagainya. Kemudian, ada pelajar meninggal, sibuk kutip derma setiap pelajar, tak cukup dengan tu pusing pulak kolej kediaman, naik turun tangga selama 2-3 hari.

3508716469_2a212013c9Kemudian, ada sahabat/kawan/geng sakit, kita sibuk nak ambil tahu, update setiap masa, rasa tak tenteram kalau tak tahu. Tak cukup dengan tu, birthday sahabat/kawan/geng kita sibuk nak wish, beli hadiah bagai, celebrate, makan2.

Tambahan pula (cam karangan bm ), ada sahabat/kawan/geng nak exchange student, kita sibuk buat majlis perpisahan, hantar pulak ke airport, update keadaan dia kat sana, tanya khabar. Fuih!.untung ler~

Kalau family pula, jangan cerita la, mak|ayah suruh balik, ondaspot balik, terus balik, tak ada consider dah. Kelas ke apa ke, tup3 muka ada depan rumah..

I-LUV-ISLAM5Cuba korang semua fikir, kalau semua yang kat atas aku tulis tu kita tak buat, ada masalah ke? Kenapa mesti kita susah2 demi orang lain. Apa faedah kita dapat? Habis masa, habis duit, kadang2 boleh buat gaduh dengan orang lagi. Kalau tak buat bukan masalah pun? Apa sebab kita buat semua tu?

 

sahabatInilah Islam ajar,memang kita disuruh untuk bermanfaat demi orang lain. Zakat, derma, apa kita dapat?, kalau fikir2 habis lah duit kita. Tapi tidak, kita diajar demi kepentingan orang lain. Sabda Nabi s.a.w “ Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak manfaat kepada orang lain” (HR Bukhari).

menangis kerana AllahJadi!! janganlah rasa terbeban demi orang lain, buatlah yang termampu. Jadilah orang yang terbaik diantara yang terbaik. Manfaatkan lah diri kita semanfaat mungkin kepada orang sekeliling kita. Habis tenaga, duit,masa+sakit hati, terkorban perasaan dan sebagainya insyaAllah, Allah swt akn membayar kelak!

Tapi! Jangan pula tiada ruang untuk diri sendiri, nak2 yang melibatkan hati dan perasaan. Biarlah kita tak luah kat siapa2, biarlah sahabat/kawan/geng kita tidak tahu hati dan perasaan kita, paling penting belajar untuk luah kepadaNya yang Maha Mengetahui. Mengadulah kepadaNya, menangislah sepuas2 di hadapanNya agar Dia tahu, kita sentiasa bergantung harap kepadaNya. Smile

Thursday, April 26, 2012

Nafsi = Diri sendiri

“ Enta ni , cuba laa faham sahabat sikit, dia tu bla3xjuta…” ataupun kita biasa dengar, “ Kau best la tak pegang apa2 jawatan, pegang pun tahap kuli je, aku ni (dengan riak nya) bla3xjuta…. cuba la faham keadaan aku”. Baru-baru ni sibuk cerita tetang memahami sahabat/kawan/geng dan sebagainya.

Kadang-kala kita sering lupa untuk cuba memahami diri orang lain, pada masa yang sama kita hanya memahami keadaan diri sendiri. Akhirnya mendatangkan sifat mementingkan diri tanpa kisah keadaan orang2 lain.

                     Memahami sifat, perangai, ataupun style seseorang bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi semua itu, kita HARUS belajar. Pemerhatian, penilaian, cara percakapan, pertuturan dan sebagainya itu adalah wasilah pembelajaran untuk kita.

                    Tapi, walau apa2 pun, janganlah kita mengharapkan orang lain untuk memahami perasaan diri kita. Sebab apa? Tiada siapa yang lebih mengenali diri kita melainkan diri kita sendiri. Kata ulama’ “ man a’rafa nafsahu faqod a’rafa rabbahu” “ Barang siapa mengenali dirinya sendiri, maka dia mengenali Tuhannya.”.

DSCN0258Cari lah ruang dan peluang untuk bermuhasabah, menitiskan air mata demi cinta Tuhan Yang Menciptakan, bukan demi cinta manusia YANG DICIPTAKAN.

Monday, April 16, 2012

Berat 66?

Salam, sekadar perkongsian daripada seorang kawan..Hasan basri sering ditanya oleh seorang lelaki yang sangat ingin berqiamulail tetapi tidak dapat, maka dijawabnya : ذنو بكقد يدتك maksudnye: dosamu telah mengikatmu.

Pernah juga Hasan Basri berkata: Sesungguhnya seorang hamba akan melakukan dosa lalu dia diharamkan qiamulail dan juga diharamkan puasa dengan sebab-sebab dosanya...

aKata Fudhail bin iyad: “Apabila kamu tidak mampu bangun qiamulail dan berpuasa siang hari maka ketahuilah bahawa kamu diharamkan dan diberatkan dengan dosa-dosamu”. Ayuh kawan-kawan sume isi malam-malam kita dengan beribadat kepada Allah. Jangan kita umpama keldai di siang hari (bekerja bersungguh-sungguh) tapi menjadi bangkai di malam hari (nyenyak tidur tanpa bangun malam..)

berdoa3Ada yang berkata pada Hasan Al Basri;
"Aku melakukan dosa, tapi ternyata tetap dilimpahi kurnia."
Sahut beliau, "Apa kau solat malam?"
"Tidak", ujarnya.
"Begitulah. Hukuman terberat atas maksiat, mungkin bukan terputusnya rezki; tapi terputusnya munajat", jelas Sang Imam.

579198_398255126859493_100000250266093_1484311_1558649080_nSangat menusuk kalbu aku bila baca entry ni, memang tepat atas diri ni. Iman? Yazid wa yankus. Tapi jangan menurun je. Kena perbaiki dan memperbaharui iman selalu. Apa guna, kerja dakwah, dakwah, perjuangan,tapi amalan2 yang membaiki iman, yang meningkatkan iman kita tinggal. Muhasabah diri kita ni.

Saturday, April 14, 2012

4 Hari

Ya Allah, pantas betul masa berlalu. Cuti semester selama seminggu macam tak cuti je. Aku tekad, memang kena balik. Mak dan ayah selalu bising kerana jarang balik rumah. Tak macam dulu dah. Macam2 kerja kena buat kat rumah Pagi sabtu aku bertolak balik.

DSC01748Sampai2 kat rumah. Wah! Rumah baru renovate, cantiknya! Macam rumah baru. Tapi aku pelik, ayah minta tolong aku wiring lampu,soket, kipas, tapi aku tengak semua dah setel. Rupa2nya ayah dah upah orang lain , fuh lega. Tapi bayaran RM 1000++. Kalau buat sendiri tak sampai pun.

Tapi ada sikit lagi yang tak setel, aku buat la mana termampu. Wiring ni memang memenatkan. Hari pertama aku kat rumah, banyak tidur , melepaskan keletihan yang dibawa dari kampus.DSC01747

Ha. Yang ni paling bes, aku layan keyboard ni, adik aku beli, hadiah PMR katanya. Dapatla aku tumpang sekaki. Balik ni aku berjaya mengkhatamkan lagu laukana bainana. Lagu full house pun sangkut2 lagi. Tapi tak boleh la main lama2 , jadi lagha la pulak.

 

ayam

Malam tu balik dari jumpa kawan2 lama. Aku dengan adik aku plan tangkap ayam hutan. Mak slalu sgt sebut pasal ayam ni. Malam tu kami memulakan operasi. Bersenjatakan jaring dan lampu suluh yang tak boleh menyala kami berdua jalankan tugas. Akhirnya dapat tangkap 2ekor, tapi lagi seekor sasaran yang dikehendaki, masih terlepas bebas. Geram! Harap lampu suluh rosak. kalau tak….

pokok-kelapa-belakang-rumahPagi esoknya, tiba-tiba pula rasa nak minum air kelapa. Aku pun pergi kait buah. Gambar pokok kelapa ni dusta semata2, yang aku kait tu tak la tinggi macam ni. Kalau kat melaka, air kelapa RM3.00 , kat rumah mau minum? kait sendiri!. Dalam erti kata lain free.

Petang tu hujan lebat, aku balik ke melaka, paling best kena saman sebab memotong pada double line. melayang duit aku.

Habis 4 hari dirumah. Betulah sumpah Allah, "demi masa!, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 dengan kebenaran dan kesbaran. (Al-asr 1-3) Gunakanlah masa sebaiknya. Apa2 pun, sibuk macam mana pun kita, jangan lupa mak ayah di rumah. Mak ayah ni, kita tengak muka dah dapat pahala. Apatah lagi menggembirakan mereka.

Tapi berpada-padalah. Aulakan mana yang patut di aulakan. Fiqh aulawiyat, kepentingan keberadaan kita dimana yang diperlukan. Bahagikanlah masa sebaik-baiknya. Program, kawan2, keluarga, anak2, dan akademik. Kalau masa tengah usia meningkat retua ni kita gagal dalam bab pengurusan ni, percaya lah, kelak masa depan menjadi masalah untuk hadapi cabaran2 yang LEBIH hebat dari biasa. Teruskan belajar! Matangkan dirimu sematang usia mu! (dh mcm iklan pencuci muka)

 

Saturday, April 7, 2012

Behind The Scene “Sekeping roti canai”

roti canai 3

Baru-baru ni, ramai sibuk post gambar seorang muslimat menebar roti canai. Kali pertama aku tengak, terkesima kejap. Sejuk perut rasa. Bangga ibu mengandung. Rasa nak pergi je ke gerai roti canai ni, hari2 makan roti canai pun tak apa. Tak kisah la yang penebar tu makcik ke, isteri orang ke, tapi rasa bersih, rasa selamat bila makan. Ok la.Korang la kalau ada 2 gerai roti canai, antara 2 ni, mana korang pilih? Agak2?

Hebatnya Islam. Hanya dari pemakaian saja. Cukup memberi rasa selamat. Tapi apa aku nak cerita bukan sekadar penebar roti canai. Harini ramai beri alasan, (aku maksudkn perempuan) bila sebut tudung labuh, macam2 alasan dia beri, panas la, tunggu masa la, seruan tak ada lagi , segan la, malu la dan macam2 lagi.

tumblr_m1dwu5xLFl1qc2an6o1_500Tiba-tiba ada orang cakap, “eh kau laki, boleh la cakap lebat”. Masalahnya ni bukan hal lelaki ke perempuan , tapi perintah ALLAH SWT. Ini lah silap kita, sebenarnya Allah swt dah kurniakan kita akal untuk memilih, membeza yang mana baik, yang mana buruk.

Nak berubah tu memang susah, ambil masa, tapi janganlah secara drastik, Islam pun mengajar kita tadarruj (peringkat demi peringkat). Jadi pilihan di tangan kita. Berubah nak berubah tu kita yang pilih. Jangan malu untuk berubah, yang mana lebih kita risau kan? Pandangan Allah atau pandangan manusia?