Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.”
(Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).
Hadis ni biasa kita dengar, biasa dipost tak kira di fb ke, twitter blog etc. Tak cukup dengan tu plak,
"Dan katakan juga pada wanita-wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluan kamu"-Surah Nur ayat: 31.
“Jaga ikhtilat, ana tgk enta ni kurang menjaga ikhtilat”. Wah, mantap!. Memang berani untuk beri teguran. Aku sendiri tak berani nak cakap direct macam tu. “Enta tahu apa itu Ikhtilat? iman dah kuat sangat ke?”
Tak cukup dengan tu lagi, “ Entum ni, tak de bab lain ke nak bincang, asyik2 hal ni, dah gatal sangat ke nak kahwin ha?!, entum tahu tak berbincang menda2 macam ni boleh menyebabkan masalah hati, bila mana berkaitan dengan muslimat bla3juta…..
Alhamdulillah bila mana seorang lelaki, dapat bertegas dalam soal ni, Kagumnya aku. Begitu berani dalam menegur sahabat. Tapi…. yang menyedihkan, bila orang yang menegur ni merupakan kaki tegar korea, anime, jepun, kpop etc. Oh tidak. Mungkin layan korea tu tak terlibat langsung dengan masalah hati, ok apa layan korea, pelakon die semua tudung labuh, semua tutup aurat, ala cerita je pun apa la sangat kan.
Mungkin cerita-cerita korea/jepon etc begitu banyak ataupun terlalu menekan bab-bab ikhtilat, menutup aurat dsbgnya. Pelakonnya semua tutupaurat, tudung labuh macam ni kan--> lagu-lagu dia pun semua ke arah ketuhanan kan? “Ala kpop tu hiburan, islam tak larang langsung hiburan, tapi mengawal, enta kena faham”.
Ingat lagi ayat ni? “Wahai orang-orang beriman! Mengapa engkau mengatakan sesuatu yang engkau tidak kerjakan. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” As-sof (2-3)
“ Ana bukan yang terbaik untuk tegur, enta ingat tak kisah di zaman imam syafie , seorang lelaki sedang berzina wajib untuk menegur seorang perempuan untuk menutup aurat, so ana tegur je even ana sendiri buat”.
Post ni aku reka2 je, aku tak point sesiapa. Aku bukan kondem sesiapa layan korea,jepun ,anime kpop etc .Nak layan? ikut korang. Cuma pening orang macam ni. Iye memang, kita tak la baik mana, tegur tetap la tegur. Tapi biar la seiring dengan diri kita. Tegur itu tak salah, kita tegur orang, muhasabah diri orang dan diri sendiri. Bukan sekadar nasihat orang sahaja. Sebab takut-takut nanti, orang akan keluar word ni, “ Haktuih la , cakap lebih”
“Jangan jadi kambing yang mengajar anak dia makan daging, padahal dia sendiri yang makan rumput”.