Asyik-asyik bab kawan nak tulis. Biasalah kawan ni lah orang yang selalu berada di sisi kita . Berbanding dengan keluarga kita, berapa banyak kita luangkan masa dengan mereka? Bercerita tentang kawan ni memang la susah. Bila dah berkawan, biasalah macam2, bab kata kawan aku, ada cakap kawan ni ada berperangai cam haram. bagi aku layan je la. Kata ulama’ boleh berkawan dengan semua, tapi tak boleh terlalu rapat, sebab kawan yang rapat hanyalah orang alim sahaja.
Sesungguhnya perumpamaan teman yang salih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi). [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2628]
Dalam perjuangan kehidupan ni, kawanlah segalanya. Nak sharelah dengan pembaca2 blog ni, kat u ni aku ada team kawan yang memang terbaik. Kadang-kadang aku rasa aku yang banyak menyusah dorang. Kalau nak minta tolong, aku roger ja, tup2 terus ada muka. Terkala aku fikir aku ni menggunakan kawan, tapi entahlah.
Dan dalam kawan2 ni, biasalah ada macam2 perangai. Kita selaku kawan kena terima dan belajar untuk mengubah diri dia dan mengislahkan diri sendiri. Buruk manapun kawan juga. Walaupun kadang2 terasa kat hati, mentacingkan perasaan, tapi sabar ja lah. For the sake of ukhuwwah.
Kecuali dalam soal agama, tiada tolak ansur . Kalau buat menda salah, menda haram, menda dosa, terus TEGUR. Kalau dia terasa pun lantak. Kalau kita tak TEGUR kita lebih teruk dari dia dan kitalah kawan paling HAMPEH di dunia. Biarlah dia benci kita, Nabi s.a.w dulu, bukan sahabat, tapi terpaksa berperang dengan saudara mara sendiri, bapa saudara sendiri. Kita ni sebab kawan nak tolak tepi agama?
Tapi ingat, selalulah bersangka baik. Kawan dunia, kawan akhirat. Semoga kawan-kawan aku terus dirahmati Allah, dipermudah segala urusan dorang, semoga Allah permudah rezeki.
Semoga bertemu dengan sahabat yang membawa mu kelandasanNya...para salaful ummah.
ReplyDeleteInsyaAllah... syukran SAHABAT MAYA....
ReplyDeletetegur jangan mengaibkan dierg suda ler,.. huhu
ReplyDeleteohh ya,shoutmix ada masalah kan...saya sarankan guna versi baru dari fibox, ia mudah dan membantu..saya ada buat satu entri khas mengenainya, moga memudahkan urusanmu..
ReplyDeleteShoutmix Baru Dari Fibox Untuk Blogger
tegur jangan mengaibkan dierg suda ler,.. huhu
ReplyDeleteharap2nya cmtu la...
Ad-dien: Syukran sgt2... ni kawan Ckin Site ke?
kawan alam maya, dan saudara seislam saya..termasuk kamu :)
ReplyDelete