Friday, January 27, 2012

Ombak Iman

Mentari yang memancar kian meninggi, deruan angin yang bertiup, desiran pasir pantai, bunyi ombak yang menghempas, segalanya memberi seribu ketenangan. Membius diri yang berselirat dengan segala kesulitan, melapang dada tiada derita.SubhanAllah, Maha Suci Engkau yang menciptkan segala di langit dan bumi.

Baru-baru ni, aku dan beberapa kawan2 lepak2 di pantai, main bola sepak, bola tampar, makan2. Terehat aku dari memikirkan segala masalah2 dunia (result). Begini lah sepatutnya cara hidup, biarlah apa masalah sekalipun, tekanan manapun, sakit hati manapun, jangan kita zahirkan, jangan kita layankan, hidup tetap diteruskan.

Dan yang paling penting, ada masalah jangan di mengadu sangat pada orang lain, pada awek/pakwe/facebook,blog , tiada masalah, tapi jangan lupa kita ada Allah swt . Tempat mengadu yang sebaikNya. Kbye

Thursday, January 19, 2012

Apa dah jadi?

Seperti yang dijangka, keputusan semester kali ni sungguh mendukacitakan. Cepat pulak keputusan keluar. Pagi-pagi semak keputusan, amat menyedihkan. Ya Allah! Teruknya.

result

Teringat masa SPM dulu. Tiap-tiap kali keputusan keluar, macam-macam rasa ada. Sedih, kecewa, gembira, syukur, semua ada. Study bagai nak rak, fokus ya rabbi, even jadi pengawas ke apa ke sekalipun.

Berbeza di universiti, kalau tidak pandai mengurus masa ha! macam nilah jadinya. Keputusan mendukacitakn!. Aku merasakan tiada masalah memegang jawatan apa sekalipun, cuma aku lemah dari segi pengurusan masa dan hilang fokus. Asyik-asyik fikir program sampai ke sudah, apa pun tak jadi. Kalau mak/ayah tahu keputusan semester ni, habis la.

performance

Bila di tanya target untuk keputusan, kita cakap, mesti lah A, tapi sejauh mana usaha kita ke arah itu. Dalam memrealisasikan matlamat dan impian kita tu. Apa-apa pun jangan pula terlalu obses dengan study. Dekat universiti ni lah kita nk belajar macam-macam. Rugi la kalau 4 tahun kalau setakat dapat ijazah kerja,kahwin pastu mampus.

Kat akhirat nanti Allah swt bertanya, waktu zaman muda, apa kamu buat untuk ISLAM? kita nak jawab apa? Saya dah solat 5 waktu. Tu ja? fikir-fikir la.

Apa-apa pun keputusan aku. Hidup mesti di teruskan. Perjuangan tetap perlu diteruskan. Akademik bukan no 1 dan bukan jua no 2, dan bukan no 3.. bla3….

doa,usaha,tawakal2

Dalam study ke, aktiviti ke apa kita, peperiksaan ke, yang paling penting, DOA USAHA dan TAWAKKAL kepada siapa??? Allah swt. Jangan LUPA!!!!

Tuesday, January 17, 2012

Orang Jauh

Balik sembahyang zohor, aku terus mengadap laptop. Tiba-tiba terperasan friend request, “eh sapa pulak la ni” fikir aku. Aku klik approve. “ Salam” tiba-tiba tingkap perbualan ku terkeluar. Rupa-rupanya orang dari Cairo. Aku segera mengadd di YM dan terus video call.
ukhwah.jpg..
Dia adalah Abdul Alim bin Mohd Azmi, sekarang baru tingkatan 4 , menyambung pelajarannya di Cairo. Entah mengapa rasa gembira sangat dapat bercakap dengan dia. Tiba-tiba rasa rindu. Aku doa kan semoga Abdul Alim ni menjadi alim ulama’ yang bakal menyebarkan kalam Allah, yang menegakkan syariat Allah. Allah humma Amin…

Monday, January 16, 2012

Kawan & Perjuangan

Asyik-asyik bab kawan nak tulis. Biasalah kawan ni lah orang yang selalu berada di sisi kita . Berbanding dengan keluarga kita, berapa banyak kita luangkan masa dengan mereka? Bercerita tentang kawan ni memang la susah. Bila dah berkawan, biasalah macam2, bab kata kawan aku, ada cakap kawan ni ada berperangai cam haram. bagi aku layan je la. Kata ulama’ boleh berkawan dengan semua, tapi tak boleh terlalu rapat, sebab kawan yang rapat hanyalah orang alim sahaja.kawan3

Sesungguhnya perumpamaan teman yang salih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi). [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2628]

Dalam perjuangan kehidupan ni, kawanlah segalanya. Nak sharelah dengan pembaca2 blog ni, kat u ni aku ada team kawan yang memang terbaik. Kadang-kadang aku rasa aku yang banyak menyusah dorang. Kalau nak minta tolong, aku roger ja, tup2 terus ada muka. Terkala aku fikir aku ni menggunakan kawan, tapi entahlah. kawan

Dan dalam kawan2 ni, biasalah ada macam2 perangai. Kita selaku kawan kena terima dan belajar untuk mengubah diri dia dan mengislahkan diri sendiri. Buruk manapun kawan juga. Walaupun kadang2 terasa kat hati, mentacingkan perasaan, tapi sabar ja lah. For the sake of ukhuwwah.

Kecuali dalam soal agama, tiada tolak ansur . Kalau buat menda salah, menda haram, menda dosa, terus TEGUR. Kalau dia terasa pun lantak. Kalau kita tak TEGUR kita lebih teruk dari dia dan kitalah kawan paling HAMPEH di dunia. Biarlah dia benci kita, Nabi s.a.w dulu, bukan sahabat, tapi terpaksa berperang dengan saudara mara sendiri, bapa saudara sendiri. Kita ni sebab kawan nak tolak tepi agama?ukhwah

Tapi ingat, selalulah bersangka baik. Kawan dunia, kawan akhirat. Semoga kawan-kawan aku terus dirahmati Allah, dipermudah segala urusan dorang, semoga Allah permudah rezeki.

Friday, January 13, 2012

Pemimpin Market

Alhamdulillah exam dah habis. Sedih kalau memikirkan tentang exam. Malas nak cerita. Apa pun, teringat kat tajuk satu forum, memjadi pemimpin memerlukan wajah yang market. Peh, terkesima membaca topik tu. Ramai plak yang dalam forum tu setuju dengan topik tu.asdas

Susah jadi pemimpin ni, kene muka market. Kalau dah muka tak market, jadi pemimpin camne plak?

Sunday, January 8, 2012

Aku, Rempit & Ustaz

Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu
(  Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)

   Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti  berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. 

Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.

SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku  ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..

  . Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada  awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang  mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...


'' Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..
"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

  Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .


Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin  gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...


Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha


GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...
dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..


Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)

Aku: anak muda sebenarnya suka ke agama cuma ruang dan caranya kena betul.