Monday, February 28, 2011

Lemahnya aku....

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Harini sungguh mengecewakan. Lemahnya imanku, dalam menegakkan agama, dalam menurut perintahNya, dalam mentaati suruhanNya. Start 11 pagi rombongan Ahli jawatankuasa ke majlis sambutan maulidur rasul di Muar, Peserta seramai 22 orang lelaki dan perempuan. Ketika dalam perjalanan, kelihatan sepasang kekasih duduk bersebelahan dalam bus.

Ya Allah, dorang ni biar betul. Kita kan nak pergi majlis maulidur Rasul fikir ku agak-agak la. Lama saya perhatian pergerakan dorang, last-last si lelaki lentuk di bahu perempuan tersebut. Ni dah melampau ni, sakit hati tengak.

Murahnya nilai seorang perempuan, begitu mudah maruah dicemar, sedangkan Nabi dahulu meletakkan perempuan di tingkat teratas. Dimana penghayatan kita sempena maulidur rasul.

Tiba-tiba terlintas di fikiran hadis ni:

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mencegah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Lantas saya mencapai handfone dan terus menghantar mesej kepada presiden jawatankuasa yang diduduk di seat depan sekali. Dia toleh kebelakang, dan terus bangun menuju ke pasangan tersebut dan mengarah untuk duduk berasingan.

Ya Allah,lemahnya imanku, tidak termampu aku, dimana kekuatanku, dimana sumbanganku, adakah aku ini tergolong dalam selemah-lemah iman? Ampuni aku Ya Allah, aku insan lemah ya Allah, tidak terdaya, berilah aku kekuatan ya Allah. Jauhi aku dari sebarang kemaksiatan kepadaMu.

Saturday, February 26, 2011

Budak Si Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Sumber: KomunitiIluvIslam

Friday, February 25, 2011

Cinta + Cinta + Islamik = ???

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

            Sejak kebelakangan ni, dimana-mana saja tajuk ni mesti wujud dan begitu mendapat sambutan hangat di kalangan remaja-remaja. Pelbagai pendapat yang diberikan hinggakan menimbulkan perselisihan pendapat.Kita dapat melihat contoh di youtube, pelbagai video yang bertemakan cinta islamik, pilihan jodoh, muslimah, dan bermacam-macam lagi. Tak cukup dengan tu, forum-forum juga sibuk membincangkan tajuk ni.



Di televisyen, pelbagai drama/tayangan yang diterbitkan berunsurkan “cinta islamik” ,novel dan artikel tidak kurangnya. Bohonglah saya kalau tidak terpengaruh dengan semua ini. Saya merasakan semua ni yang menyuntik jiwa-jiwa remaja untuk bercinta yang pada awalnya “cinta islamik” dan akhirnya rebah.

      
    Berfikir saya sendirian, adakah remaja hari ni begitu matang dalam memikirkan masa depan? Memikirkan bahawa perkahwinan ni bukan sekadar berkahwin bahkan lebih besar dari tu. Ataupun sekadar mencantikkan sesuatu yang tidak baik. Menghalalkan sesuatu yang dilarang .

Sampaikan ada yang berbahas membenarkan “cinta remaja”. Ya, cinta itu fitrah manusia,ya memang Allah jadikan wanita itu untuk lelaki, ya memang Allah menjadikan mahkluk itu berpasang-pasangan, memang bercinta itu tidak salah tapi perkara-perkara yang menyusul selepas itu yang menjadi salah.



Baru-baru ni juga saya ada menjumpai artikel yang menyebut “cari calon” atau dalam bahasa sebenarnya “ kena booking”. “Masa ni kita kena cari, kita chop dulu, nanti habis belajar kan senang” pesan sahabatku. Sekali fikir, betul juga kata dia ni.

Tapi, adaka kita tidak yakin dengan Allah s.w.t, jodoh tu kan tentuan Allah.. berfikir ku lagi. Islam tak ajar budaya “booking” ni.Saya cuba menguatkan diri supaya tidak terjebak dalam perkara ni.

              Antara perkara yang saya sering lakukan jika terfikir hal ni, pasti lagu doa seorang kekasih terlintas difikiran. Marilah sahabat-sahabat, kita jauhi perkara-perkara seperti ni, berdoa kepada Allah s.w.t supaya saya+sahabat semua tidak terlibat dalam perkara-perkara seperti ini.InsyaAllah!!



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan,

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu,



Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa,

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman

Bisa menemani aku,

Supaya ku dan diaDapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai,

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri,

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah,

Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala.....

Saturday, February 19, 2011

Angin & Rumput….

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Macam tak percaya sudah ada blog sendiri.Ini merupakan post pertama saya.Berbalik kepada topik.Bila disebut angin dan rumput apa yang kita akan terfikir? Teringat plak pepatah melayu “ Bagai rumput ditiup angin”. Secara ringkasnya maksud peribahasa ini seorang yang tidak berpendirian tetap.

Tapi, bagi saya, peribahasa ini sama seperti“masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak” dan orang sekarang dah upgrade perbahasa ni menjadi “ masuk kadang kambing mengembek, masuk kandang harimau? masuk la kau sorang-sorang”.

Dalam berdakwah, konsep angin dan rumput sangat berguna sebagai medium pendekatan dakwah. Rumput satu tumbuhan ciptaan Allah s.w.t yang sangat fleksibel. Bila datang angin meniup, ia akan ke kanan dan ke kiri.

rumput1024ms1

Jadi macam tu juga dalam berdakwah. Dalam sesetengah perkara, kita tidak seharusnya terlalu tegas dan harus mengikut corak dan pergerakan individu atau kumpulan sasaran. Contohnya, kita diajak bersukan futsal,badminton atau sebagainya, janganlah memberi alasan “ eh, aku ada usrah la, membazir je sukan-sukan nih, baik pi mengaji agama lagi berfaedah” dan sebagainya.

Tapi, setelah mendengar kuliah yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus,” Kita sekarang tak boleh berlembut dalam agama, berkeras!”. Dari pemahaman saya, ya memang betul masyarakat sekarang kalau berlembut dalam agama sampai bila-bila tidak akan faham mengenai agama. Contohnya, kalau ingin tegur seorang yang tidak bersolat.Menceritakan azab meninggalkan solat ataupun menceritakan kelebihan bersolat yang lebih baik?

Kesimpulannya, kadang-kala kita harus menjadi seperti angin yang memaksa rumput untuk bergerak ke kiri atau ke kanan. Dan mempunyai haluan sendiri, arah tuju sendiri ke arah yang dituju. Jangan pula menjadi angin yang sombong, tidak menggerakkan rumput, hanya membawa diri terus ke arah yang dituju.

MySpace