Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Inilah kehidupan...

Inilah kehidupan..
Manifestasi dari sebuah kelahiran
Yang menuntut janji penyaksian
Bahawa Allah Azza wa Jalla sebagai Tuhan
Ilah dan Rabb tiada tandingan

Inilah kehidupan..
Animasi sebuah pentas drama
Lakonan hebat barisan 'hero' dan 'heroin'
Dengan diri sebagai bintang dan pelakon utamanya
Bersutradarakan hati dan aqal pancaindera

Inilah kehidupan..
Simulasi sebuah teater kemanusiaan
Diiringi alunan muzik pengharapan
Sesekali diselingi serunai syahdu pengaduan
Pada maghfirah dan rindu kebahagiaan

Inilah kehidupan..
Aspirasi sebuah filem cinta dan nafsu
Berjurikan catatan Kiraman Katibin
Waktu tayangannya di pawagam Mahsyar
Pada hari pertontonan yang maha dahsyat

Sesudah kehidupan..
Kematian pasti menjemput tiba
Adakah filem kita akan menjadi 'box office'?
Akan mendapat sambutankah pementasan teater kita?
Dan akan diterimakah skrip drama kita olehNya?

Justeru beringatlah..
Jadilah 'actor' dan 'actress' terbaik
Yang akan meraih 'award' Ashabul Yamin
Dijulang sebagai Al-Muqarrabin di layar Akhirat
Dan beroleh anugerah redha dan syurga Allah!

Sumber:
MUHTAR SUHAILI
Meja Kerja Perodua
30 Disember 2005, 4.40pm

Friday, April 8, 2011

Tiada kata dapat diucap..

Tiada kata terucap,
Madah puisi ingin bicara,
Membyg indah ukhuwah tersingkap,
Pengikat kami yang sangat kuat.

Tiada kata terucap,
Walau kalam menitik dakwat,
Mengisah kita tiada terhad,
Kisah kita yang terus bersahabat

Tiada kata terucap,
Walau menggambar atau melukis,
Menjadi satu hiasan lukisan,
Hanya bersandar satu kiasan.

Tiada kata terucap,
Jejak kita terpahat kuat,
Walau ditimpa panas gerimis,
Masih segar ingatan manis.

Tiada kata terucap,
Masa kian terus berjalan,
Meninggal kita terus  ke hadapan,
Sesekali tidak putus persahabatan.

Tiada kata terucap,
Hanya bisa mengungkap kata,
Lidah kelu , sedih terasa,
Mengingat kisah kita bersama.