Wednesday, September 14, 2011

Bedak Sejuk Pasir Pantai

Cuti semester

“Mak , Pak Ngah ajak pergi Tioman hujung minggu ni, boleh tak?” soal aku dengan penuh harapan. “Pak Ngah yang ajak pergi ke kamu yang memandai nak pergi?,” balas emak. “Ni, Pak Ngah post kat wall fb saya,” sambil menunjukkan skrin laptop ke emak. “ Ya lah, pergilah, tapi hati-hati, kirim salam mak pada Pak Ngah kamu tu” ujar emak ringkas. Emak terus ke dapur. Yes! Tidak sabar menanti hujung minggu ini. Cuti semester yang panjang ini akan dihabiskan dengan pelbagai aktiviti.

             Cuti semester yang baru bermula minggu lepas terasa seperti sebulan. Menariknya kali ini, cuti semesternya yang agak panjang kerana Kementerian Pelajaran ingin menyelaraskan cuti pelajar-pelajar malaysia yang menuntut di luar negara. Jadi cuti semester dilanjutkan sehingga bulan September. Bermakna pelajar akan cuti lebih kurang 4 bulan lebih!

Bas

“Bang, bas ni gerak pukul berapa,?” soalku kepada pemandu bas. “ Tunggu penuh dik, kalau penuh, jalan,” mudah balasnya. Hampir sejam menunggu dalam bas dengan keadaan panasnya, tambahan pula sesak dengan penumpang. Beginilah realiti keadaan bas ke Rompin dan Muadzam Shah, sangat uzur. Kebiasaannya bas Mara Liner yang baru digunakan. Kebetulan hari itu dapat bas yang uzur .

            Perjalanan menuju ke Jeti Kuala Rompin sangat menguji kesabaran. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kerana mendapat tempat duduk. Kalaulah berdiri dalam 2 jam setengah, tidak dapat nak dibayangkan! Akhirnya pukul 2.25 ptg tiba di Jeti Kuala Rompin. Seterusnya aku akan menaiki bot terus ke Pulau Tioman.

Tiket ke Tioman sama ada perjalanan dari Kuala Rompin mahupun dari jeti Mersing berharga RM35 sehala. Perjalanan ke Tioman memakan masa selama 1 jam 3o minit.

Tergamam

             Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan , bot yang dinaiki tiba di pengkalan Jeti Kampung Batang. “Ya Allah,” itu perkataan yang keluar dari mulut. Tergamam seketika melihat perubahan yang berlaku di sini. Kali terakhir kedatanganku ke sini adalah 4 tahun yang lepas. Pengkalan jetinya kini penuh sesak dengan orang ramai, terutamanya pengunjung dari luar negara.

“Assalamualaikum!” sapa Pak Ngah dari belakang. Terkejut dibuatnya. “ Waalaikumussalam, wah Pak Ngah , smartlah ingat yang behormat mana tadi,” perli aku kepada Pak Ngah. Lelaki tua yang lingkungan 46 tahun, berkopiah putih, berbaju batik hijau muda, membuat Pak Ngah kelihatan lebih muda.

Ressort15035

            

Paya Beach Resort. Inilah nama resort tempat kerja pak Ngah. Dah 10 tahun lebih Pak Ngah bekerja di sini. Sejak kematian isterinya, Pak Ngah berpindah ke Pulau Tioman. Kerjayanya sebagai supervisor di resort Encik Man pilihannya. Encik Man adalah pemilik kepada resort ini. Orangnya sangat mesra dan peramah. Inilah antara sebab resort Encik Man terkenal.

Disini tempat penginapan aku sepanjang berada di sini. Terima kasih En Man.

Penatnya Ya Allah!

Pantanya masa berlalu. Sudah 3 hari aku disini. Pelbagai aktiviti dan tempat Pak Ngah bawa aku lawati. Jalan Batu Sisa, berbasikal di Kampung Tengkek dan banyak lagi. Antara aktiviti yang paling seronok ialah snorkeling, sangat indah ciptaan Allah swt di laut!.

kaki itik Di sini aku mula berkenalan dengan peralatan   snorkeling. Terdapat tiga alat utama iaitu snorkel mask, semi-dry snorkel tiub dan paling penting fins ataupun kita selalu panggil kaki itik.

Laptop

“Pak Ngah boring lah pula rasa, ” kata aku kepada Pak Ngah. “Pula dah, haritu awal-awal datang seronok lah, kagum lah, macam-macam kamu ni, pergi la pusing-pusing, Pak Ngah nak masuk kerja ni,” balas Pak Ngah dengan nada menyindir. Seminggu di sini mulai merasa kebosanannya. Laptop pula tertinggal di rumah.

             Laptop selalu menjadi penghilang bosan dan tempat meluahkan hati dan perasaan. Adobe photoshop, blogging, Facebook itu menjadi rutin seminggu tika awal cuti semester . Tapi sekarang, nasiblah!

Perempuan

             Tiap-tiap pagi, selesai membaca mathurat, aku menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di tepi pantai. Namun, sejak kebelakangan ini, selalu aku melihat seorang seorang perempuan , bertudung labuh, duduk termenung berhampiran dengan budak-budak yang sedang bermain di tepi pantai.

              Suatu pagi, aku memberanikan diri untuk menegur perempuan tersebut. “Assalamualaikum ,” salamku ringkas. “ Walaaaaaikummmussalam,” kanak-kanak yang tengah bermain di situ yang menjawab. Tapi perempuan tersebut terus berlalu pergi. Keesokkan harinya aku membuat perkara yang sama, tapi hasilnya tetap sama.

“ Jahat sangat ke aku ni, mungkin dia ustazah kot, jaga pergaulan , mana nak kawan dengan aku yang jahil ni,” bermonolog aku sendirian. “ Kak Ain tak nak kawan dengan abang ke,?” tiba-tiba seorang budak perempuan yang bermain di situ bertanya kepadaku. Aku hanya mampu tersenyum. Baru aku tahu Ain nama perempuan tersebut.

Degil

             Dua hari berturut-turut aku cuba berbual dengan perempuan tersebut, tapi hasilnya tetap sama. “Ah ni last, kalau dia pergi juga sebelum cakap, lantak dia lah, ” keluh aku sendirian. Seperti biasa aku pergi ke tempat kanak-kanak bermain dimana dia selalu berada.

“Assalamualaikum”.Tiba-tiba, Debukkk!! Adui! “Sorry bang, sorry” ujar seorang budak lelaki berbadan besar yang melanggar aku dari belakang. Terasa mendap muka ke dalam pasir pantai. Budak-budak yang bermain di situ berhenti seketika melihat aku.

“Eh, abang pakai bedak sejuk la!” jerit seorang budak perempuan. Aku dijadikan bahan gelak ketawa. Sewaktu aku menyapu membersihkan muka, sempat aku melihat Ain tergelak dan “ Haa tu lah, padan muka, nak kacau orang sangat!,” tiba-tiba dia bersuara dan terus berlalu pergi.

“ Belagak betul perempuan ni,aku nak tegur sapa pun tak boleh, menyesal aku, itulah degil sangat aku ni” keluh nada hampa aku.

Sejarah Hitam

Pak Ngah siapa budak perempuan yang selalu kat tepi pantai tu,?” tanya aku dengan penuh ingin tahu. “ Itu Ain, anak sedara Pak Akob yang kerja kat restauran tu, dia baru datang dari KL” balas Pak Ngah. Pelbagai soalan aku tujukan kepada Pak Ngah.

             Rupa-rupanya baru aku mengetahui bahawa Ain merupakan anak yatim piatu, dia tinggal dengan abang kandungannya di Kuala Lumpur. Baru-baru ini dia hampir diperkosa oleh abang kandungnya sewaktu abangnya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Mujur jiran sebelah rumah terdengar jeritan Ain dan sempat membantu. Kini abang kandungnya di tahan reman pihak polis untuk siasatan lanjut. Aku dah bersangka buruk pada Ain. Sebenarnya dia masih trauma dengan peristawa yang berlaku.

Kata-kata semangat

Segera aku mencapai sekeping kertas, dan sebatang pen;

                         Hidup ini kalau boleh kita ingin gembira selalu,Tapi Allah tak izinkan, Dia datangkan kesedihan, Agar kita kembali ingat kepadaNya.

                          Hidup ini kalau boleh kita nak tiada masalah yang melanda,Tapi Allah timbulkan pelbagai masalah,Kerana Dia mahu, kita mengadu segala kepadaNya.

                            Hidup ini kalau boleh kita mahu sentiasa berada dalam ketenangan,Tapi Allah selitkan juga kegelisahan,Agar kita tidak terleka dari mencari iman.

Apapun Allah swt berikan kepada kita, adalah untuk menguji tahap dan kekuatan iman kita. Tidak Allah swt menguji seseorang itu atas dasar tahap kemampuannya.Bersabarlah dalam menempuh ujian Allah swt. Semoga Allah swt memberi ketabahan dan kekuatan dalam menempuhi liku-liku kehidupan.

Ikhlas dari : “Pemuda Bedak Sejuk Pasir Pantai”

Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan semangat Ain. Pagi esoknya, aku keluar lebih awal dari biasa. “ Dik nanti tolong beri kat Kak Ain boleh?,” tanyaku pada salah sorang budak-budak disitu. “Nah, ambil ni beli aiskrim” aku mengulurkan Rm 5 kepada budak tadi. Tiba-tiba tergelak aku sendirian dan terfikir, “eh tu rasuah ke?”

Program

          Sudah sebulan berada di rumah. Ingatan di Pulau Tioman sudah kabur di ingatan. Hujung minggu ini aku mengikuti satu program kemasyarakatan di Kampung Sungai Kepung, Mentakab ,Pahang.Apa yang dapat aku lihat, sungguh kagum melihat ikatan masyarakat di sini, kaum Cina dan India tidak terkecuali saling bergotong-royong dan beramah-mesra. Sebenarnya beginilah yang sebenarnya di tuntut oleh agama, bukannya memisahkan kaum lain dari agama sendiri.

          Program yang berlangsung selama 3 hari di sini sungguh menyeronokan . Selesai majlis penutupan dan penyampaian cenderamata, aku berjalan keluar dewan untuk ke ruang jamuan. Tiba-tiba datang dua orang yang perempuan bertudung labuh dan berpurdah ke arah aku.

“ Assalamualaikum, nah ni feedback yang haritu, balik nanti enta tengak lah” sambil perempuan yang berkaca mata itu menghulurkan sampul surat putih. “Feedback haritu?,” tanya aku dalam keadaan kabur tapi kedua-duanya perempuan itu berlalu pergi. “ Ooh mungkin lebihan kerja program sebelum ni kot” fikir aku sendirian. Sebelum ini pernah juga aku terlibat selaku jawatankuasa program seperti ini, mungkin kurang mengenali ahli jawatankuasa sendiri. Aku terus berlalu ke ruang makan.

Surat

        Perjalanan pulang yang mengambil masa 1 jam setengah menunggangi Yamaha 135 LC sangat memenatkan. Tiba di rumah aku terus ke bilik melabuhkan diri ke katil. Tiba-tiba baru teringat sampul surat yang diberi oleh dua orang perempuan ketika di program tadi, lalu menyeluk saku seluar kanan mengeluarkan surat tersebut.

Aku terpanar seketika ketika membaca isi kandungan surat tersebut;

شكراعلى كل حال

Terima Kasih atas kata-kata semangat dan doa anta

Semoga Allah swt memberkati dan merahmati anta

“Pemuda Bedak Sejuk Pasir Pantai”

__________________________Tamat________________________________