بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tahniah buat kawan² yang dapat tawaran kemasukan ke ipta/ipts. Dimana² pn kita belajar bukan lah menjadi 1 persoalan, perbandingan mahupun kayu ukur bagi kejayaan seseorang. Hari ini, berapa ramai yang berkelulusan tapi masih menganggur, berapa ramai yang hanya memiliki SPM tetapi mampu menjadi seorang yang berjaya. Masih terlalu awal untuk kita mengukur tahap kemampuan seseorang. Tetapi boleh menjadi titik mula yang baik dalam memulakan perjalanan.
Kawan² sekalian,
Memang seronok apabila terpilih dalam ribuan pelajar yang memohon ke IPTA. Begitu bangganya kedua ibubapa apabila mengetahui ank² mereka bakal bergelar seorang mahasiswa. Bakal melangkah ke menara gading. Tapi masih ada diantara kita yang mengeluh, " adui.. dapat kos ni pulak.. ak xmntak pn..." Nape laa aku dpt kat sini..." dan bermacam² lagi. Sedarkah kita masih beribu yang impikan tempat kita! Syukurlah dengan apa yang diperoleh.Perancangan Allah s.w.t. itu yang lebih baik.
Kawan² sekalian,
Apakah tujuan kita belajar? Bila dapat tawaran ipta/ipts selalu kita akan bertanya," kos ni boleh kerja apa ? " kos ni boleh jamin masa depan?" tak pun akan ada segelintir yang akan berkata " kos ni tak pakai.. ssh nnt nk keje" Adakah ini yang menjamin masa depan kita? rezeki kita? kesenangan kita? Boleh tergelincir akidah kita sekiranya kita berpendapat sebegitu. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t saja yang layak memberi rezeki. Maha Pemberi. Dialah yang menentukan kesenangan kita, rezeki kita. Kehidupan kita. Jadi tanamlah dalam diri sifat roja' (mengharap) kepadaNya. Bergantunganlah dengan Allah s.w.t selepas USAHA.
Akhir kata, perbetulkan lah niat kita , jadilah seorang belajar yang terpelajar. Belajarlah kerana ilmu. kerana ilmu itu milik Allah swt. Niat yang baik menghasilkan yang lebih baik.
Seperti mana Hadis pertama dalam kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi "إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى " Setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat.Sekian. Semoga kehidupan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t. Selamat menempuhi alam universiti.