"Kamu semua ni nak masuk neraka ke?,” tegas Abang Din. " Alah, mentang-mentang la anak kesayangan abah, ingat kau ketua Din?!,” balas Kak Lin.
Suasana menjadi amat tegang. Ketika itu berlinang air mata abah mendengar anak-anaknya berebut harta pusakanya. "Korang ingat aku nak sangat harta abah ni?, korang nak,korang ambil semua, aku tak heran,” Abang Din bersuara dengan tegas. Kak Lin, Angah, dan Wan terpaku mendengar kata-kata Abang Din.
Abang Din merupakan anak kedua dari empat adik-beradik. Kak Lin, Abang Din, Angah dan Wan. Setelah kematian emak, Abang Din yang banyak berhempas-pulas bagi membiayai kos perubatan abah dan yuran pengajian Wan. Abang Din melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah memetik kelapa, membersih ladang dan sebagainya. Kak Lin bekerja sebagai akauntan di ibu kota, Kuala Lumpur. Semenjak berkahwin, Kak Lin jarang sekali pulang ke rumah dengan alasan sibuk bekerja. Angah pula seorang mekanik di Puchong, Selangor. Sejak akhir-akhir ini, Angah selalu mengalami masalah kewangan. Wan pula masih menuntut di Universiti.
"Din, jangan bergaduh.. biarkan saja mereka..,?' kata abah dengan teresak-esak. Abah begitu enggan untuk ke hospital. Penyakit diabetes mellitus yang dihadapinya sekian lama semakin parah. "Bah.. mari la pergi hospital, nanti makin teruk sakit abah tu,” Abang Din memujuk abah.
" Yang Abang Din ni beria-ia nak hantar abah ke hospital ni apa hal?,” Angah mencelah. "Kau Angah, kalau selagi abah tak mati memang kau tak senang,” Abang Din membalas. Sekali lagi air mata abah mengalir. "Sudah-sudah, hantar abah ke hospital, tak sanggup aku tengak korang ni,” kata abah dengan perlahan.
"Encik Din, keadaan ayah Encik Din ni amat tenat, kami cuba sedaya-upaya, yang lain kita berserah kepada Allah Ta'ala,” ujar doktor. "Ha! tengok la Din, semenjak abah dimasukkan ke hospital, keadaan abah makin teruk, suka la kau kan, nanti boleh bolot semua harta abah,” kata Kak Lin. Abg Din menangis, terus meninggalkan Kak Lin dan Angah. "Sabar la Abang Din, kak Lin dengan Angah memang macam tu, dari kecil lagi,” pujuk Wan. "Mujur ada kau Wan, kalau tidak, memang Abang Din patah hati,” ujar Abang Din.
Selang beberapa hari selepas itu, abah dikatakan berada di tahap kritikal. Doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul. Kak Lin dan Angah segera pulang. Kebetulan Wan ketika itu sedang cuti semester. "Abah tenat ni," kata Wan. " Ni Abang Din kau lah punya pasal," balas Kak Lin. Tidak lama sesudah itu dari jauh kelihatan Abang Din berpakaian lusuh berjalan ke katil abah. Abang Din hampiri abah. Tiba-tiba nafas abah tersekat-sekat seperti ingin meluahkan sesuatu.
Di tangan abah terpegang kemas sepucuk surat bersampul putih.
Suasana sungguh sayu ketika itu. Wan menangis teresak-esak. Air mata berlinang di pipi abah. Abang Din memeluk abah dengan erat. Abah menunjukkan isyarat supaya Abang Din mengambil surat tersebut.
“Din , abah suruh ambil surat tu , ambil je la” Kak Lin nada menyindir. “ Mengucap bah, mengucap.. ” ajar Abang Din. Abah sedang nazak dan Abang Din berusaha mengajar abah untuk mengucap. Begitu lumrah dunia , tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Abah menghembus nafas terakhir. Abang Din menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya menyimpan surat abah. " Ha! Abang Din tunggu apa, bacalah apa abah tulis cepat,!” desak Angah. Abang Din hanya mendiamkn diri. Hanya kata-kata yang dapat diluah dengan air mata.
Selepas majlis pengebumian abah, semua berkumpul untuk mendengar surat yang ditulis abah. Abang Din membaca surat tersebut;
Kehadapan anak-anak abah sekalian
Abah memohon ampun atas segala dosa abah,
Abah gagal dalam mendidik kamu semua,
Abah gagal mengajar dan mendidik kamu apa itu kehidupan.
Sungguh tidak layak digelar seorang abah.
Anak-anak abah,
Dari kecil abah cuba memahami kamu semua,
Abah cuba melakukan yang terbaik,
Tapi mungkin usaha abah masih belum cukup.
Anak-anak abah,
Abah tidak harapkan balasan dari kamu semua,
Abah tidak ingin kemewahan dari kamu semua,
Tapi cukup lah abah dapat melihat wajah kamu semua,
Itulah hiburan hati kesunyian abah.
Anak-anak abah,
Adakah dengan pemergian abah ini,
Suatu yang diharapkan,
Adakah ini penghujung hubungan antara kamu semua,
Bimbang hati abah memikirkannya.
Anak-anak abah,
Jika semua harta itu pengubat luka mu,
Ambil lah, Abah tidak punya harta untuk bawa ke sana,
Abah hanya mengharap doa dari anak-anak abah.
Anak-anak abah,
Abah mengampuni segala dosa kamu,
Tidak sikit pun abah menyimpan dalam hati sanubari abah,
Hanya satu pinta abah, doakan kesejahteraan abah di sana.