Wednesday, March 23, 2011

Sombongnya Kita.....


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sombongnya kita...
Allah kurniakan masa yang begitu lapang untuk kita,
Tapi sembahyang 5minit pun susah

Allah kurniakan nikmat sihat tubuh badan kita,
Tapi sukar melakukan ibadat kepadaNya

Allah kurniakan harta melimpah-ruah kepada kita,
Tapi sukar menghulur sedekah kepada yang susah




Sombongnya kita...
Allah kurniakan tempat tidur yang selesa kepada kita,
Tapi sukar bangun malam untuk sujud kepadaNya

Allah kurniakan makanan yang lazat dan enak kepada kita,
Tapi susah untuk bersyukur bahkan masih meminta-minta

Allah kurniakan akal yang sihat kepada kita,
Tapi jarang kita memikir kekuasaan dan keagunganNya

Sombongnya kita...
Allah kurniakan kita iman secara percuma kepada kita,
Tapi kita tidak menjaganya bahkan ingin membuangnya.

Allah kurniakan keamanan , keselamatan kepada kita,
Tapi masih takut menegakkan agamaNya.

Allah kurnia pelbagai nikmat,pemberian kepada kita
Berapa banyakkah jika dibanding dengan syukur kita.

Sombongnya kita...
Allah kurniakan sedikit musibah kepada kita,
Tapi kita merasakan Allah itu tidak adil kepad kita.

Allah kurnia pelbagai nikmat,pemberian kepada kita
Berapa banyakkah jika dibanding dengan syukur kita.

Dimanakah kita disisi Allah s.w.t?, layakkah kita menggelar diri ini hamba?

Seorang hamba yang sombong dengan pemiliknya. Ingat la sahabat sekalian, tiap2 perkara kita lakukan dia atas dunia ini , akan dipersoal satu persatu.

Monday, March 14, 2011

Bahagia Itu.....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Apabila kita duduk termenung memikirkan nasib diri di sini,
Merenung jauh mereka yang hidup dalam penuh keseronokan dan kegembiraan,

Namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahgiaan yang sebenar-benarnya,
Ramai orang tersalah sangka maksud ketenangan dalam hidupnya,

Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dgn faktor kejayaan,
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang , tetapi bukan segala-galanya,

Berapa ramai orang yand tinggal di rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk,
Tetapi dia tidak enak ataupn lenanya tidak nyenyak. Bahkan ada orang tinggal di pondok buruk,
Kadang-kadang dia lebih lena dari kita.

Adaorang berada di hadapan hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus, tetapi lidahnya tidak enak, kadang-kadang  lebih enak lagi orang yang dgn satu,dua lauk tetapi lebih sedap dan selesa.
Kata Hamka: “Lihatlah bagaimana Allah s.w.t membahagi-bahagikan nikmat”

Kita sering sangka org yang memiliki segala-galanya tentulah hidupnya senang. Sebenarnya belum tentu.

Jika Allah s.w.t hendak memberikan kebahgiaan kpd seseorg dia tidak boleh menahan walau dgn cara apa sekalipun, tetapi 
jika Allah s.w.t menghalang kebahgiaan kpd seseorng, dia tidak boleh dihulur walau dgn apa sekalipun.

Jika Allah s.w.t uruskan urusan kita dan Allah tidak menyerahkan diri kita kpd kita, walaupun sekelip mata, dunia boleh buat semua benda, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah s.w.t.

Jika Allah s.w.t mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas , kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah s.w.t

Apa yang orang rasa rugi, Allah akan beri keuntungan yang mana jalan-jalan yang kita tidak sangka.
Kadang-kadang kita hilang suatu benda di dunia ini, kita merasakan seperti hilang segala-galanya. Sahabat2 sekalian berapa banyak keperitan hidup yang telah kita lalui dalam hidup kita? Cuba igt.

Bila berada dalam kesulitan, keperitan, kita runsing, merasakan tidak dapat keluar darinya.Tapi, harini Allah telah keluarkan kita dan berada dalam keadaan baik.Ketika kita timpa musibah tertentu, kita akan kata “ Habislah aku... baik aku mati.....” . Sedarkah kita usia kita masih berjalan dan kita masih hidup dan menikmati kurniaan hidup ini.

Ketika kita berkata “Ya Allah tolong lah aku... bantulah aku...aku susah ya Allah..” Harini kita lupa perkataan tu, bahkan lupa untuk bersyukur.

Dimana sebuah hadis yang diriwatkan oleh Imam muslim,:

Pada hari akhirat Allah bawa manusia paling derita dalam hidupnya, Allah ambil dia, dan dimasukan ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan lalu ditanya “ Wahai fulan adakah kau penah merasa derita dalam hidup? Jawabnya “ Tidak,aku tidak pernah derita pun dalam hidup.Kemudian Allah ambil manusia paling nikmat dalam hidupnya,kemudian dimasukkan ke dalam neraka,kemudian dikeluarkan.Lalu ditanya “ Pernahkah merasa nikmat dalam hidup ini?”Jawabnya “ Aku tidak pernah merasa nikmat dalam hidup.


Kita sering bersyukur mendapat sesuatu yang baru, tapi lupa apa yang ada pada diri kita. Mudah bagi kita membuat seseorng yang ditimbah musibah untuk bersyukur.Tapi sukar bagi kita membuat seseorang yang dikurnia nikmat tidak terhingga untuk bersyukur.Moga menjadi pedoman pada kita semua.


Sumber: Diolah dari puisi Dr. Utz Asri.

Wednesday, March 9, 2011

Keliru hatiku....

Ya Allah, sering ku keliru,
Kemana harusku bawakan,
Kemana harusku curahkan,
Kemana harus ku luahkan,

Perasaan yg kian hambur,
Cinta yang kian membara,
Rindu semakin merayu.

Adakah layak ku katakan dan luahkan kepadaMu,
Siapakahku dipandanganMu,

Sesekali ku lafazkan,
Aku harapkan cintaMu mu ya Allah,
Aku rinduMu Ya Rasulullah,
Aku hamba yang mengharap cintaMu,
Aku cinta dan kasih mengasihi keranaMu.

Tidak ya Allah,
Semua hanya indah madah berbicara,
Hanya kata-kata indah tiada erti,
Menabur kata dusta.
Lafaz cintaKu kepadaMu,
Namun sering mendustaiMu,
Lafaz rinduku padaMu ya Rasulullah,
Namun sering melupaiMu,



 



Bantuku ya Allah,
Dalam menzahirkan cinta kepadaMu dan kekasihMu,
Tidak terdaya ku Ya Allah,
Kerna aku hanya insan lemah dan tidak terdaya.

Wednesday, March 2, 2011

Adakala....

Adakalanya besarnya nilai sesuatu di mata kita,
namun belum tentu di pandangan Allah s.w.t


Adakala remehnya nilai sesuatu itu di mata kita,
namun apakah sama di sisi Allah s.w.t


Adakalanya cantik,elok dan baik sesuatu perkara di fikiran kita,
tapi apakah zahirnya sahaja?


Adakala kita sering memikir cinta,kasih syg seseorang kpd kita,
apakah sudah cukup kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..


Adakala kita merasakan Istikarah itu jalan pemilihan dalam percintaan,
apakah istikarah itu hanya utk perkahwinan..


Adakalanya kita risau jodoh+pasangan kita,
Sedarkah kita itu urusan Allah s.w.t
Lupakah doa itu ada?


Adakala kita membolehkan sesuatu yang tak boleh,
Matlamat menghalalkan carakah?


Adakala kita sering persoal cinta,jodoh dan perasaan,
Bagaimanakah status,amalan dan halatuju kita?


Adakala kita rasa cinta kita..cinta kerana Allah s.wt.,
Apakah maksud cinta kerana Allah?


Adakala kita selalu melafazkan cinta kepada Allah & Rasulnya,
Dimanakah buktinya?


Adakala kita jadikan agama sebagai alasan dalam perbuatan,
Sedarkah itu hanya lakonan?


 Adakala kita sering mengabaikanNya..
Ampuni daku Ya Tuhanku...