Dalam kita menempuh jalan2 kehidupan ini, menjadi lumrah untuk kita mempunyai teman seperjuangan yang bergerak seiring dengan langkah perjalanan kita ataupun lebih kita kenali sebagai kawan. Bila sebut kawan, apa itu kawan, bagi aku dalam keadaan di kampus, kawan adalah segala2nya.Sebab kita lebih banyak meluangkan masa dengan kawan2.
Dalam berkawan, semua orang kita boleh berkawan tapi tak semua boleh jadi kawan. Kadang2 ada yang kita bersusah untuk seseorang tu, tapi tak reti2 nak hargai apa yang kita buat. Sebut pasal kawan ni macam2 boleh cerita, ada kawan yang tikam belakang, kawan yang talam 20 muka, dan macam2 lagi. Macam eklan astro plak.![]()
Tapi harini, aku nak kongsi sikit pasal kawan yang boleh dipanggil kawan. Tak ramai kawan macam ni, memang susah nak cari, kalau ada pun tak ramai. Di kampus aku ada seorang kawan, bukan budak islamik, bukan budak persatuan islam, tapi bila minta tolong sgt tak berkira, Berbanding ada budak persatuan islam, minta tolong skit, “ Eh anta minta tolong orang lain la, ana bz ni,” Last2 kantoi tidur kat bilik. Kawan… kawan…
Teringat potongan hadis Nabi s.a.w dimana antara 7 golongan yang mendpt lindungan arash Allah swt di akhirat adalah, mereka yang berkasih sayang kerana Allah. Teringat juga kisah persahabatan Nabi s.a.w dgn Saidinar Abu Bakar, hingga Nabi s.a.w pernah tidur di riba Saidinar Abu Bakar, Subhanallah!. Bagaimana nak tahu kita kawan kerana Allah? Tepuk dada tnye la iman kita.