Wasiat Abah


"Kamu semua ni nak masuk neraka ke?,” tegas Abang Din. " Alah, mentang-mentang la anak kesayangan abah, ingat kau ketua Din?!,” balas Kak Lin. 

Suasana menjadi amat tegang. Ketika itu berlinang air mata abah mendengar anak-anaknya berebut harta pusakanya. "Korang ingat aku nak sangat harta abah ni?, korang nak,korang ambil semua, aku tak heran,” Abang Din bersuara dengan tegas. Kak Lin, Angah, dan Wan terpaku mendengar kata-kata Abang Din.

Abang Din merupakan anak kedua dari empat adik-beradik. Kak Lin, Abang Din, Angah dan Wan. Setelah kematian emak, Abang Din yang banyak berhempas-pulas bagi membiayai kos perubatan abah dan yuran pengajian Wan. Abang Din melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah memetik kelapa, membersih ladang dan sebagainya. Kak Lin bekerja sebagai akauntan di ibu kota, Kuala Lumpur. Semenjak berkahwin, Kak Lin jarang sekali pulang ke rumah dengan alasan sibuk bekerja. Angah pula seorang mekanik di Puchong, Selangor. Sejak akhir-akhir ini, Angah selalu mengalami masalah kewangan. Wan pula masih menuntut di Universiti.

"Din, jangan bergaduh.. biarkan saja mereka..,?' kata abah dengan teresak-esak. Abah begitu enggan untuk ke hospital. Penyakit diabetes mellitus yang dihadapinya sekian lama semakin parah. "Bah.. mari la pergi hospital, nanti makin teruk sakit abah tu,” Abang Din memujuk abah. 
" Yang Abang Din ni beria-ia nak hantar abah ke hospital ni apa hal?,” Angah mencelah. "Kau Angah, kalau selagi abah tak mati memang kau tak senang,” Abang Din membalas. Sekali lagi air mata abah mengalir. "Sudah-sudah, hantar abah ke hospital, tak sanggup aku tengak korang ni,” kata abah dengan perlahan.

"Encik Din, keadaan ayah Encik Din ni amat tenat, kami cuba sedaya-upaya, yang lain kita berserah kepada Allah Ta'ala,” ujar doktor. "Ha! tengok la Din, semenjak abah dimasukkan ke hospital, keadaan abah makin teruk, suka la kau kan, nanti boleh bolot semua harta abah,” kata Kak Lin. Abg Din menangis, terus meninggalkan Kak Lin dan Angah. "Sabar la Abang Din, kak Lin dengan Angah memang macam tu, dari kecil lagi,” pujuk Wan. "Mujur ada kau Wan, kalau tidak, memang Abang Din patah hati,” ujar Abang Din.



Selang beberapa hari selepas itu, abah dikatakan berada di tahap kritikal. Doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul. Kak Lin dan Angah segera pulang. Kebetulan Wan ketika itu sedang cuti semester. "Abah tenat ni," kata Wan. " Ni Abang Din kau lah punya pasal," balas Kak Lin. Tidak lama sesudah itu dari jauh kelihatan Abang Din berpakaian lusuh berjalan ke katil abah. Abang Din hampiri abah. Tiba-tiba nafas abah tersekat-sekat seperti ingin meluahkan sesuatu. Tangan abah menunjukkan isyarat seperti hendak memberitahu sesuatu. " Abah nak tulis wasiatlah tu,” celah Angah. Wan segera memberi sekeping kertas putih dan sebatang pen kepada abah.

Suasana sungguh sayu ketika itu. Wan menangis teresak-esak. Selesai menulis, abah melipat kertas itu dan meletakkan di tangan Abang Din. Kemudian abah menghembus nafas terakhir. Abang Din menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya menyimpan wasiat abah. " Ha! Abang Din tunggu apa, bacalah apa abah tulis cepat,!” desak Angah. Abang Din hanya mendiamkn diri.

Selepas majlis pengebumian abah, semua berkumpul untuk mendengar wasiat abah. " Apa yang abah wasiatkan ni muktamad jangan nak membantah,” sayu suara Abang Din. Tanpa berlengah, Abang Din mengeluarkan kertas putih dan segera membacanya. Pada akhir wasiat abah, abah menulis, “Din...kau pijak wayar oksigen aku...

4 comments:

  1. cis... aku da feeling baca sampai habis.... memang touching habis citer ni..kah3... thumbs up, kerul, gud job!!

    ReplyDelete
  2. x baik ko mainkan perasaan aku cmni...feel giler dh

    ReplyDelete
  3. haha... lek2... cite ni wat pengjran tw...

    ReplyDelete

Sila la Komen