Pantun Aurat Muslimah

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk sikap,
Mini telekong pn orang cakap,
Elok dipandang tak payah pn "make up"

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat,

Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupn cantik tp singkat,
Knfirm-knfirm nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah,Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagi aneh bila difikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain belah peha terukir.

Bila ditnya kenapa bergitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudah lah tentu.

Kalau nk ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terselah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Tinta Badar 2011

2 comments:

Sila la Komen