Aku , Dia & Akhirnya...(Edisi Khas)

Aku, Dia & akhirnya.. (Edisi Khas)

 aku dia & akhirnya

 

Satu Perubahan

              Selepas mendapat keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) , aku terus memohon ke sekolah aliran teknik tulen. “Ya Allah , berilah pemohonan aku ini diterima” doa ku sendirian. Keghairahan untuk merasai pengalaman tinggal di asrama telah lama aku nantikan. Akhirnya penantian ku berakhir,setelah pulang dari sekolah pada hari Jumaat, “ Krul ni surat kamu ni,” kata ayaku.

Berdebar-debar tika aku membuka surat tersebut. Merasakan seperti surat cinta dari seorang kekasih. “Terima kasih Ya Allah,”.Akhirnya pemohonan ku ke sekolah aliran teknik tulen diterima dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Aku dapat merasakan ini satu perubahan dalam hidupku dalam proses menimba ilmu dan pengalaman. Walaupun keinginan ku untuk berada dalam aliran agama tulen tidak tercapai, mungkin ini jalan terbaik yang Allah s.w.t. tentukan.

ْ وَعَسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ ((البقرة: 216

....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu terbaik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah 216)

Persiapan

Hanya Allah s.w.t yang tahu gembiranya di hati. Pelbagai barang-barang kelengkapan dibeli, maklumlah gembira kali pertama masuk asrama. Tidak cukup dengan itu, habis baldi, selipar dan lain-lain diconteng sebab takut tertukar dengan pelajar lain. Kadang terasa seperti budak tingkatan 1 yang baru nak daftar.

Beberapa hari sebelum bertolak, aku sempat pergi ke sekolah berjumpa dengan guru-guru memberitahu aku ingin tukar ke sekolah aliran teknik. Macam-macam reaksi yang diberikan . Aku sekadar tersenyum. Satu pesanan yang tidak dapat aku lupakan sebelum meninggalkan sekolah itu, seorang guru perempuan yang tidak pernah aku kenali, tidak pernah mengajar aku, tiba-tiba berjumpa dengan aku memberi nasihat. Masih segar lagi kata-kata beliau “ingat, kat mana kita berada di situ langit dijunjung, semoga berjaya dalam hidup, hati-hati tinggal tempat orang”. Tergamam aku seketika. Walaupun tidak pernah aku kenali, tiba-tiba terasa seperti beliau sangat mengenali aku. Sangat aku hormat orang yang bergelar GURU.

                  Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.” (Ibnu Majah)

Kejutan

Setelah seminggu yang amat memenatkan berakhirnya minggu pengurusan pelajar tingkatan 4. “Ya Allah tabahkanlah hatiku, lindungi aku dari sebarang kejahatan” rintihku sendirian. Rupa-rupanya keseronokkan sekolah berasrama tidaklah seperti yang ku impikan. Kes pukul,buli selalu dengari di perhimpunan. Sampai melibatkan kes polis. Semua ini menyebabkan pelajar-pelajar tingkatan 4 tinggal dalam ketakutan. “ Alah, rilek la, korang jangan buat hal sudah, kita orang tak kacau punya” pesan seorang pelajar senior kepadaku. Tidak cukup dengan itu, menu makanannya yang tidak diterima perutku lagi menguji ketabahan diri.

             Kala senja itu tiba
             Kutermenung sendirian
             Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
             Dosa yang aku lakukan
             Menerjah ruang fikiran
             Masihkah ada untukku keampunan

             Gelap rasa dunia ini
             Tanpa cahaya Ilahi
             Baru kini kusedari
             Jalan yang aku lalui
             Memusnah pedoman hidup
             Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

            Dalam kegelapan itu
            Terbit cahaya dari-Mu
            Memandu hamba-Mu menuju iman
            Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
            Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
            Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
            Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
            Mohon keampunan

            Wahai Yang Maha Pengasih
            Bantulah hamba-Mu ini
            Yang kian terumbang-ambing
            Di dalam arus duniawi
            Kuberdoa kepada-Mu
            Memohon limpah rahmat-Mu
            Mentari hidupku kan bersinar kembali

         Firdaus:Mentari hidup

4KE1

                  Suasana dalam kelas 4KE1 sangat meriah. Masing-masing saling bermesra bertanya nama,asal dan sebagainya. Namun bagi aku yang agak pendiam, kalau orang tak tegor buat apa aku nak tegor. Nasib baik rakan-rakan sekelas aku sangat mesra alam. Antara rakan sekelas yang rapat denganku Muim, sangat periang orangnya. Syukur aku duduk bersebelahan dengan Muim.” Oak orang mane?” soal Muim dalam loghat Temerlohnya. Tergelak besar aku dengar. Disini pertama kali aku dengar loghat orang Temerloh.

Pelajar perempuan tidak kurang hebatnya. Sibuk menemuduga pelajar lelaki.Walaupun pergaulan lelaki dan perempuan kelihatan agak bebas, tapi batas-batas pergaulan masih terjaga. Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana suasana di sekolah agama? Adakah mereka begitu jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan?

“Mung asal mana?” tegur seorang pelajar perempuan. Ish, budak Terengganu masuk sini? Pelik. Itu juga kali pertama aku dengar loghat Terengganu yang sangat pekat. Sukar aku memahami. Itulah Athirah, berkaca mata hitam. Pendiam orangnya. Tapi kadang-kadang banyak cakap juga. Secara jujurnya aku tidak faham apa yang ditutur olehnya. Aku sekadar senyum dan mengangguk-anggukkan kepala. Aku memanggilnya Tirah.

Tirah pernah menceritakan bagaimana keadaan keluarganya. Dia berasal dari keluarga susah. Hinggakan sewaktu ingin mendaftar terpaksa meminjam duit dari orang lain. “Ya Allah bersyukurnya aku”.Kadang-kadang kita merasakan kita ini susah, tapi sebenarnya ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Jiwa Remaja

              Berada di tingkatan 4 terasa terlalu muda untuk aku .” Apa ni Krul, baru form 4 kot, awal lagi nak studi, SPM setahun lagi” tegur Zaim yang melihat aku mengulang kaji di dalam bilik prep. Kadang-kadang aku terfikir sendirian. Skema sangatkah aku ni? Aku tak enjoy usia remaja ke? Tahun depan SPM, dah tak boleh main-main, tahun ni la aku dapat rilek sikit, nak enjoy-enjoy.

Semenjak sehari dua ni, aku sering menjadi “posmen” kepada pasangan bercinta. Kirim salam, kirim surat , hadiah dan sebagainya. Sering aku berpesan kepada rakan-rakan mengenai masalah couple ni. “ Bukan apa Krul, waktu ni la kita kena cari, kita kenal hati budi, nanti dekat universiti susah dah” tiba-tiba seorang mencelah. Wah! Kehadapan betul pemikiran mereka, tidak pernah aku terfikir sampai tahap macam tu.

Beginikah zaman remaja sebenar? Cinta? Couple? Enjoy? Adakah aku tidak menikmati kehidupan remaja sebenar? Begitu terpesong dari sudut agama, dimana zaman remaja (syabab) zaman kegemilangan dalam beribadat. Dimana Allah s.w.t. sangat mencintai permuda yang hatinya cinta dengan masjid (solat jemaah). Kalau kita imbau sirah Nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w ketika 12 tahun sudah bermusafir ke Syam bagi urusan perniagaan bersama bapa saudaranya Abu Talib dan ketika berumur 14-15 tahun Baginda sudah menyertai peperangan Fijar dimana baginda ditugaskan mengumpul anak panah.

Ya Rasulullah, jauhnya aku dari Mu. Bezanya zaman remaja kita dengan zaman remaja Baginda s.a.w

         Remaja
         Ingatlah masa depan mu
        Janganlah kau terleka
        Di usia remaja
        Kenanglah
         Jasa ibu dan ayah mu
        Susah payah mereka
        Membesarkan kita
        Gunakanlah masa yang ada
        Dengan sebaiknya
        Kuatkanlah tekad di hati
        Memajukan diri

        Tiada kejayaan yang datang
        Tanpa usaha yang gigih
        Bersusah-susahlah dahulu
        Bersenang kemudian

        Jadilah warga yang berguna
        Pada keluarga, masyarakat jua negara
        Waspada
        Jangan mudah terpedaya
        Oleh hasutan dunia
       Yang bisa merosakkan hidupmu

     UNIC:Remaja

Bersambung……..

6 comments:

  1. wah! Rajin yer menulis cerpen.. ^_^ ternanti2kan episod seterusnya..

    ReplyDelete
  2. hebat krul..cite pengalaman hidup... kamal, alif mne?? tkde sebut pn..wat aku suspen jer...huhu.. bgus2..teruskan penulisan...

    ReplyDelete
  3. Ckin Kembaq: xrajin mne... ni juz upgrade cerpen dlu je... timekasih sbb baca

    Dhon: uish mane ade...ni reka2 je tw... kamal? alip? mybe bleh masuk utk watak tmbahan...

    ReplyDelete
  4. wah.. masuk kan watak aku sekali..protagonis... ko cite la ak prnah jumpe seseorang yg pernah menjadi ex ko dlu...kih3....

    ReplyDelete
  5. bereh2.... nt nantikan kemunculannya

    ReplyDelete

Sila la Komen